The… Something… Old Days…

Zaman beredar sebab manusia berubah, kan? Kan? Berubah cara hidup, ideologi, citarasa, budaya, bla bla bla… Kan? Sebab tu zaman boleh beredar, kan? Tadi aku pergi sekolah Aiman untuk Hari Anugerah Kecemerlangan. Zaman aku dulu, dipanggil Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah. Macam biasa, bebudak sekolah disuruh buat persembahan.

Zaman aku sekolah dulu, di sekolah yang sama ni juga, acaranya sama. Ada persembahan daripada murid-murid. Tapi dalam kepala aku asyik dok banding dengan zaman aku dulu, di sekolah yang sama ni juga. Persembahan bebudak ni sekarang semuanya tarian yang semua movement lebih kurang sama diiringi lagu yang dipasang dari CD.

Dulu-dulu, kami ada tarian dari pelbagai genre, budaya dan resam. Kami ada sketsa. Ada lakonan. Ada nyanyian solo dan koir yang diiringi live band yang dimainkan oleh para cikgu dan staf sekolah. Ada persembahan murid-murid bermain alat muzik.

Dan zaman sekarang rata-rata murid-murid perempuan hampir semuanya bertudung, kan? Mudah sungguh nak tengok orang perempuan tua muda kecil besar dewasa bebudak baligh mummaiz semua bertudung sekarang ni. Zaman aku dulu, kalau ternampak sorang awek pakai tudung kat tepi bus stop pun dah boleh jadi topik sembang kecoh seluruh kampung selama dua minggu berturut-turut. Maknanya apa ya? Kesedaran agama tentang aurat dah jitu sekarang ni ek? Mungkinlah kut kan? Dulu ada cerita orang buang bayi dalam tong sampah tak…?

8 Respons to “The… Something… Old Days…”

  1. kesedaran tu ada tapi mungkin secara lahiriah saja yang diserap. isi dalam mungkin… sifar. tiada jiwa. soulless.

  2. Apakah kerana masyarakat sekarang membeli buah kerana kulitnya, membeli makanan kerana pembungkusnya?

  3. saya beli makanan sebab lapar…. dan semestinya sedap dinikmati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: