Sunathon – Boleh Makan Ayam Tak?

Permaisuri dan aku taklah bersungguh sangat sebab Azizy ni kiranya masih kecil sangat lagi, tapi dia sendiri yang bersungguh-sungguh nak berkhatan juga tahun ni. Kenapa? Sebab dia nak jadi tinggi macam Aiman, katanya. Hmmm… Apa dia fikir aku ni tak bersunat ke? Cet…! Memang pun Aiman tu tinggi macam galah. Aku berdiri sebelah dia nampak macam adik dia je.

Maka Azizy pun masuk program Sunathon masjid kawasan rumah ni. 35 orang berkhatan, kata AJK. 7 orang setiap group. Diketuai oleh Profesor yang dibantu oleh pelajar-pelajar dia. Majoriti pelajar perempuan. Maknanya in the future majoriti doktor ialah wanita. In the future aku pun tua dan banyak penyakit dan dia orang ni yang akan rawat aku kan? Kan? Kan?

Ada pula acara ucapan oleh VIP YB dalam acara sunat ni. Lantaklah. Lepas tu ada acara sembur bebudak ni dengan air sejuk. Nak bagi kote kecut agaknya ek bak kata pye:rudz. Lepas tu kena tukar baju, pakai kain pelikat dan t-shirt yang pihak masjid hadiahkan, dan tunggu giliran. Azizy dapat masuk group pertama.

Dalam bilik khatan yang besar dan penuh dengan pelajar perubatan majoriti perempuan tu, aku temankan Azizy. Comel gak student yang attend Azizy ni. Kedua-duanya dok melayan Azizy nak alih perhatian dia. Dan tak sudah-sudah dok sebut pasal betapa lentiknya bulu mata Azizy. Bulu mata aku dia orang tak komen pun. Ada sorang lagi berbangsa India dok sibuk ke hulu ke hilir yang muka dia sebiji macam Jaclyn Victor versi kecil, kurus sikit dan lebih comel. Mmm… Tapi dia mengaku dia tak ada kena mengena dengan Jaclyn Victor.

Azizy selamba tak menangis sejak dari kena inject dengan bius sampailah ke proses memotong hingga ke proses jahitan yang ke empat. Masuk jahitan ke lima dia dah tak boleh nak tahan air mata yang sejak tadi bertakung. Masuk jahitan ke enam suara dia dah keluar sikit. Tak apa Azizy… lepas ni boleh jadi tinggi macam Aiman.

Selesai dah satu lagi perkara. Lepas ni mesti Permaisuri dan aku tak cukup tidur kalau tengah malam dia memekik sakit. Harapnya tidak. Sempat sembang dengan pelajar medicine yang comel tu pasal menu makan Azizy dalam tempoh nak sembuh. Boleh makan ayam ke? Kata awek comel tu, kalau boleh elakkan makan benda-benda yang gatal. Agaknya dia takut nanti Azizy jadi macam aku — asyik menggatal… aiyaaarrrkkksss…!

8 Respons to “Sunathon – Boleh Makan Ayam Tak?”

  1. selamat melangkah ke alam dewasa…
    dah boleh mengorat dah wahai En Azizy!

  2. raden cap kipas udang Says:

    dah sunat dahhh.. alhamdulillah

    ****meh kawan ngan uncle gafa…..

    banyak benda uncle leh ajar…hehe

  3. gua syak keaktifan beliau akan reda sedikit lepas nih. maklumlah, proses kematangan akan/telah menjadi sedikit cepat. dah tak payah risau pasal kena tungau dah lepas nih kehkehkeh…

  4. lepas ni dia akan mintak spek mata hitam…

    “nak g ngorat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: