Arkib untuk Disember, 2011

“My Favourite…”

Posted in Hiburan on 27 Disember 2011 by Najwa Aiman

Ya… aku tahu… Dari segi chart tu aku tak boleh jadi James Bond. Dari suku bangsa pun. Dan sebab aku rabun… Tapi dari segi rupa… ehem… Ekekekeke… Sowi…

Dan ya, aku memang minat James Bond sejak dulu. Sampai sanggup beli bow tie tau. Dan juga pistol plastik… aharks! Apa pasal? Kau orang kisah apa? Boleh jalan… cet!

Dah berapa orang jadi James Bond? Yang pernah aku tonton cuma enam — Sean Connery, George Lazenby, Roger Moore, Timothy Dalton, Pierece Brosnan, Daniel Craig. Yang aku paling suka so far ialah Daniel Craig. Akulah… Kau orang punya suka mana aku tahu… Siapa? Yang kau orang paling tak suka? Kenapa? Ekekekeke…

Tapi yang aku pernah teringin nak tengok jadi James Bond? By order of preference — Jason Statham, Clive Owen dan Hugh Jackman. Definitely bukan David Copperfield James Bondage laaa… Bila boleh dia orang jadi James Bond ni?

Dan Bond Girl favaourite aku so far masih lagi dia ni — Carole Bouquet dalam For Your Eyes Only. Dan ofkoz, Sophie Marceau dalam The World is Not Enough. Tapi personality Bond Girl yang aku suka sesuai sangat dengan citarasa dan menepati rupa paras dan body ialah Ms. Mary Goodnight dalam Lelaki yang Berpistol Emas. Bond Girl yang paling aku tak suka ialah… hmmm… so far tak pernah lagi aku tak suka girl weh!

Merajuk

Posted in Sosial on 19 Disember 2011 by Najwa Aiman

Bila entah aku dengar kat Hot FM pasal isu merajuk. Tak sempat nak dengar semua tapi isunya lebih kurang sama ada merajuk tu bagus atau tak. Kesan-kesan pros dan cons. Sebab-sebab yang munasabah dan mengada-ada. Bla bla bla…

Kesimpulannya apa ek? Entah… Rasa-rasanya subjektif kut? Tengok pada siapa yang merajuk dan siapa yang dirajukkan kut? Misalnya kalau awek tu merajuk kat James Bond, rasa-rasanya sampai mampuslah awek tu takkan dipujuk dek hero tua tu, kan? Bukan ke? Ke?

Anyways, aku pun biasa merajuk. Tapi tak pernah orang faham yang aku merajuk. Agaknya sebab riak muka aku ni memang macam Darth Vader. Tak ada ekspresi kut? Betul ek? Entah… Lantaklah… Malaslah nak merajuk lagi… Lebih baik aku buat aktiviti lain yang lebih berfaedah dengan sesiapa yang akan sentiasa memujuk sama ada aku merajuk atau tak… Perghhh…! Best! Aharks…!

Sebab Kau Tiada Di Sisi…

Posted in Uncategorized on 19 Disember 2011 by Najwa Aiman

Bukan Siputlah Sayang…

Posted in Santap on 15 Disember 2011 by Najwa Aiman

Ma’am Besar belanja lunch hari ni. Kat restoran bernama Delicious. Jakun betul aku dibuatnya bukan sebab melihat menu tapi sebab melihat harga. Mahal weh! Tapi tak apalah sebab orang nak belanja.

Dan aku order benda ni. Lupa apa nama dia entah. Nope! Bukan siputlah… Adoi laaa… Aku tak gemar makan siput. Tu ialah sosej ayam. Digulung. Berserta mashed potato dan beberapa batang asparagus dan sos yang sendat dengan bawang tapi rasanya macam sos black pepper. Lazat tau! Sangat lazat! Burrrppp… Alhamduilillah…