The Tiara Beach Port Dickson Adventure

Ni kira-kiranya adventure untuk Putera Puteri je la. Berlepas dari PJ dengan jet turbo van aku tu lebih kurang jam 12:30 PM. Happy? Well… Bagi Putera Puteri memang happy dan teruja le. Ikut NPE dan masuk highway KL-Seremban. Masih okey sehinggalah tiba ke Taman Memorial Nilai tu — jirat Cina yang sekali pandang nampak macam kawasan perumahan elit tu le. Dah start merangkak-rangkak. Ni kalau teruskan juga memang boleh sampai tapi aku takut aku kena darah tinggi dan air liur dehydrated akibat mencarut-carut. So aku detour masuk Nilai. Singgah rumah Adinda beta dan minta direction pergi ke PD. Bila teruskan perjalanan, aku letak peta dia ke tepi dan aku patuh arahan GPS Garmin je. Kompius… Aharks…

So far okey. Jalan kampung memang clear walaupun suspens gak sebab statistik terkini menunjukkan jalan kampung lebih tinggi angka kemalangan berbanding highway. Suspens pun aku belasah jet turbo sambil menyelinap gak. Kering gak air liur mencarut. Tapi bila dah sampai ke bulatan apa nama entah kat PD tu… Tu dia! Jem! Polis trafik terpaksa tutup laluan. Kena queue dari lampu isyarat apa nama entah… sepanjang-panjang sebelum bulatan, di bulatan, selepas bulatan dan sehinggalah ke Teluk Kemang! Culprit betul jembalang yang memandu macam lahanat kat Teluk Kemang… Round pertama aku tak masuk queue. Mengenangkan hari dah nak masuk jam 3:00 PM aku kasihan kalau-kalau Putera Puteri kelaparan. So aku detour dan cari kedai makan. Kami singgah kat tempat makan berdepan Bayu Beach Resort. Bukan… ni bukan Bayu Beach rumah penginapan Sime Darby. Tak tahu siapa tiru nama siapa.

Hampir jam 5:00 PM baru tiba ke destinasi di Tiara Beach Resort Water Park PD. Tapi mana pantainya? Aku tanya pekerja kat situ.

“The beach is about 8 kilometres away from here,” dia jawab. Jembalang tanah betul… Apa ke jadahnya nama Tiara Beach tapi tak ada beach? Bitch banyaklah… Hmmm… Tu pun best gak daripada beach! Ekekekeke… Aiyaaarrrkkksss…! Tapi tak apalah sebab kalau beach nanti lagi susah aku nak mengawalselia 4 ekor beruang yang baru nak reti berenang ni. Setakat water park okey lagi. Dan water park dia memang best gak laaa… Banyak paha…! Perghhh…!

Masalahnya nak cari makan. Dinner malam tu tak ada masalah sebab masih ada bekal mihun goreng lazat homemade. Kat bawah tu ada jual burger seketul RM5.00. Kat PJ boleh dapat dua ketul tu! Mentekedarah… Terpaksa beli gak. Tak sedap…

Esok hari nak cari makan memang masalah. Nak keluar dari resort trafik sudah jem menghala ke Teluk Kemang bermula lebih kurang 3 km dari Tiara Beach Resort. Adoi laaa… Mahu kebulur atas jalan raya nanti ni. So pusing balik atas double line (lantaklah) dan singgah kat warong tepi jalan ni. Hmmm… Masakan Minang ke? Entah… Tak tulis pun masakan Minang. Menu pun macam kat KL je — nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, mee goreng bla bla bla…

Dinner terpaksa keluar lagi. May be Teluk Kemang dah kurang jem kut time ni? Lagipun awal lagi baru jam 7:00 PM. Orang masih belum ramai keluar dinner. Jom kita try. Well… Baru lepas Ancasa Suite & SPA ekor jem dah mula. Tak payah! U-Turn semula dan singgah kat sebelah restoran Hamzad Mee Bandung Muar ni. Ada ikan bakar, ada satay, ada goreng-goreng… Beli sini ajelah. Amik ko! Dua jam menunggu order! Keluar jam 7:00PM jam 9:00PM baru boleh balik hotel! Toyol betul… Err… aku tak beli ikan bakar tapi aku duduk menunggu dekat 2 jam depan ikan bakar. Awek-awek warong tu amat… mmmm… lazat… menepati cita rasa… mmmm…

Anyways, hari terakhir check-out awal pagi sebelum orang cuti beraya Cina balik semula ke KL. Sanggup tak makan pagi tu! Berjaya jugalah mengelak carut-carut dan darah tinggi. Jam 9:00 berlepas dengan jet turbo van aku, jam 10:00 lebih dah sampai KL. Tu pun detour ikut Putrajaya dan Seri Kembangan tu. Singgah kat Taman Dato’ Haron PJ nak cari brunch. (“brunch” = “breakfast” + “lunch“. Dalam bahasa Melayu ada tak? “Saraphari“?) Kedai Melayu memang banyak tapi rata-rata dua tiga je yang dah buka. Depa beraya kut? Dan kami singgah kat kedai Minang ni… Hmmm… 3 hari 2 malam kat Negeri Sembilan tak jumpa makanan Minang. Balik PJ baru jumpa…?

6 Respons to “The Tiara Beach Port Dickson Adventure”

  1. extreme sungguh hari cuti anda….

    naik fobia saya membacanya

  2. tengok tak show malam hari kat Tiara beach bitch tu?

    • Sepanjang dua malam tu memang ada show. Karaoke open for free. Siapa nak nyanyi, request lagu dan naik atas pentas tu dan nyanyilah sepuas hati. Show tu ke? Ada show lain ke?

  3. (Tiara is a beach?) x sama dengan (Tiara is a bitch!)???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: