Arkib untuk Februari, 2012

Menunggu Ni…

Posted in Quips on 27 Februari 2012 by Najwa Aiman

Serba salah weh sama ada aku nak ceritakan ni atau tak. Tapi kan… Adoi laaa… Aku cerita jugalah!

Ni kisah benar siang tadi. Kat ofis. Semalam aku order sesuatu online. Maka siang tadi sorang amoy dari firma tu menelefon aku. Katanya sistem dia dapat notification tentang tempahan aku, tapi tak dapat nak verify money transfer yang aku buat. So dia minta aku emel atau faks payment slip tu.

“No problem. I will email it to you shortly,” aku kata. “What’s your name, please?”

“Okay. You email to me haaa… I’m waiting,” amoy yang bersuara manja tu balas.

“What’s your name please?”

“I’m waiting. Email to me haaa…”

“Yes, I will email it shortly. What’s your name please?”

“I’m waiting.”

Aku terdiam kejap. Amoy ni kenapa? Dia faham tak apa aku kata tadi atau… Eh? Kejap! Kejap?

“Did you mean that your name is ‘waiting’?” aku tanya.

“Yes!” dia jawab. Huh??

“How do you spell your name?”

“W-E-Y T-E-N-G,” balas dia. “Wey Teng.”

Hmmm… Cepatlah selesai perbualan telefon ni! Aku serius nak terberak! Dan ya… Ni kisah benar! Ni bukan fiksyen!

Seperti Aku

Posted in Puisi, SíPúT on 20 Februari 2012 by Najwa Aiman


Men of the Family

Posted in Famili on 19 Februari 2012 by Najwa Aiman

Dia orang kata Azizy memang ikut muka aku. Well… Memang aku ni cute dan comel lagi ayu pun kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Ehem…

Tapi antara yang lagi dua ni, yang mana ada muka aku gak…? Hmmm… Jangan tinggalkan Ayahanda sebelum masanya duhai Putera-Putera dan Puteri ku…

Dine Out

Posted in Famili, Santap on 19 Februari 2012 by Najwa Aiman

Semalam, sebab tak siapa masak kat rumah, dan masing-masing kebuloq. So kita dine out ek. Tak jauh. Boleh jalan kaki je dari rumah kalau mahu. Dan cuma satu tu je kedai makanan Melayu yang aku tahu. Lazat gak! So let’s gone! Permaisuri dan Putera Puteri dah pergi dulu naik kereta. Tinggalkan aku… Hmmm… Tak apalah. Ingat aku tak kebuloq ke…? So aku susul kemudian. Naik motor. Dalam hujan rebas… Nasib badan…

Dan bebudak tu tibai menu sampai tak muat meja! Kebuloq punya pasal… Aku? Suku saki baki nasi dan lauk padprik. Burrrppp… Alhamdulillaah… Janji tak kebuloq… Rezeki…

Lain kali aku kena make sure sentiasa ada duit. Just in case kena makan luar lagi… Mana tau next time hanya aku sorang saja yang terpaksa makan kat luar… Atau tidur kat luar… Hmmm… Nasib badan… Errr… Awek kat meja belakang Wawa tu cun laaa… Hmmm… Hmmm… Ehem… Uhuk!

Buah Apa Ni?

Posted in Santap on 19 Februari 2012 by Najwa Aiman

Ni buah apa ek…? Ada kat rumah aku sebiji. Tak tahu siapa bagi. Atau untuk apa. Tapi bau dia busuk. Belum kupas pun lagi, tapi busuk. Busuk macam bau bangkai. Buah apa ni? Boleh makan ke?

Buta Sebab Kemilaunya

Posted in Puisi on 19 Februari 2012 by Najwa Aiman


Supaya Lebih Cantik Daripada Cencaru

Posted in Bebel, Feminin, Quips, Sosial on 12 Februari 2012 by Najwa Aiman

Suatu masa dulu pernah bagi tips kat member — awek yang cantik asli dan tulen kena cari kat pasar ikan.

“Kenapa?” dia tanya. “Masa tu dia orang rata-rata tak pakai mekap,” aku jawab.

Tapi kekadang memang ada orang yang datang ke pasar dengan mekap sebeban kan? Biasanya yang dah berumur sikit, dan golongan yang kaya akibat bakhil kedekut. Tadi pagi nampak sorang. Tengah seronok tengok sekujur perempuan yang sungguh mantap dan ketat tubuhnya sebegitu amat jelas ketara dibalut tights dan t-shirt ketat yang teramat singkat, menyelinap antara pengunjung pasar ikan tu tanpa mekap tapi masih terserlah jelita wajah aslinya, tetiba mata aku terpandang sorang wanita yang nampak berfesyen pakaiannya ditingkatkan dengan mekap sebeban di muka, wanita tu sedang asyik menuding beberapa ekor ikan cencaru yang sudah menjadi mayat sekian lama.

Takut orang kata cencaru tu jauh lebih cantik daripada dia agaknya…? Ekekekekekeke… Jahatnya mulut aku! Ekekekekeke… Aiyaaarrrkkksss..!

Errr… Mana awek baju dan seluar ketat tadi pergi…? Adoi laaa… Aku agak awek tu dah kahwin tapi pandai jaga body. Sungguh amat pandai… Mmmm… Mana dia pergi…??? Cencaluk sungguh wanita cencaru tu tadi… ciszzz…!

Kita Masih Tiru Dia Orang

Posted in Budaya, Santap, Sosial on 7 Februari 2012 by Najwa Aiman

4 February 2012 hari tu pergi wedding Hindu kat kuil Sri Vinayagar PJ. Second time attend kenduri kahwin Hindu. Walaupun baru second time seumur hidup tapi rasa macam dah biasa sangat tengok majlis kahwin Hindu ni. Ada tepung tawar, lempar beras, pelamin, seruling dan gendang mengiringi pengantin dari luar dewan sampai ke pelamin, bla bla bla…

Sebelum masuk tu gerun gak tengok menara kuil tu. Walaupun setiap hari aku lalu depan kuil ni tapi kali ni first time yang pertama masuk ke dalamnya. Tapi bukan dalam tempat sembahyang. Dalam dewan je. Panjat tangga. Pelamin dah tersergam. Very familiar macam kenduri kahwin Melayu gak.

Ada pulut kuning dah tersedia kat pelamin tu. Pun very familiar kan? Tok Kadi dia orang… eh? To Kadi pulak… Eheks… Tok Sami dia orang kat atas pelamin menjalankan upacara “menikah”. Ofkoz ada acara tawaf api. Merenjis dan menepung tawar. Pun familiar gak kan?

Dan jamuannya selepas upacara selesai. Tapi aku tengok sebelum selesai pun dah ramai kaum kerabat dia orang tinggalkan dewan dan turun ke bawah. Ke dewan makan. Aku dan member masih stay dan pergi dekat pelamin. Nak snap gambar sikit. Nak naik atas pelamin kena tanggalkan kasut so aku malas nak naik. Perut lapar tau masa tu. Boleh makan ke?

“Vege chicken,” kata rakan Hindu penuh confident sambil sengih-sengih dan tepuk bahu aku. Perut yang lapar bahu pula dia tepuk. “No problem.”

Aku turun gak ke dewan. Memang ada lauk ayam. Pun nampak familiar sebab setiap hari aku makan kat kedai mamak pun memang nampak lauk tu. Tapi sumpah aku tak ambil chicken tu. Aku ambil tiga ketul tauhu masak apa entah. Bendi goreng berempah. Perut tengah lapar kan. Belasah je… Burrpp… Alhamdulillah…

Dan ni Azizy masa perarakan pengantin masuk dalam dewan pelamin. Buat nakal le tu. Nasib baik buat nakal je. Jangan tersampuk sungguh pula tau… Tu kuil Hindu tu weh…!!!

Variasi Ni…

Posted in Bahasa, Budaya on 7 Februari 2012 by Najwa Aiman

Ternampak beg plastik ni digantung di pagar rumah. Ada orang pernah pergi Indonesia dan shopping kat kedai nama Paten ni ek? Tapi sebenarnya produk pengeluar Paten ni apa ek? Teng Teng? Ping Ping? Makanan atau pistol?