Kita Masih Tiru Dia Orang

4 February 2012 hari tu pergi wedding Hindu kat kuil Sri Vinayagar PJ. Second time attend kenduri kahwin Hindu. Walaupun baru second time seumur hidup tapi rasa macam dah biasa sangat tengok majlis kahwin Hindu ni. Ada tepung tawar, lempar beras, pelamin, seruling dan gendang mengiringi pengantin dari luar dewan sampai ke pelamin, bla bla bla…

Sebelum masuk tu gerun gak tengok menara kuil tu. Walaupun setiap hari aku lalu depan kuil ni tapi kali ni first time yang pertama masuk ke dalamnya. Tapi bukan dalam tempat sembahyang. Dalam dewan je. Panjat tangga. Pelamin dah tersergam. Very familiar macam kenduri kahwin Melayu gak.

Ada pulut kuning dah tersedia kat pelamin tu. Pun very familiar kan? Tok Kadi dia orang… eh? To Kadi pulak… Eheks… Tok Sami dia orang kat atas pelamin menjalankan upacara “menikah”. Ofkoz ada acara tawaf api. Merenjis dan menepung tawar. Pun familiar gak kan?

Dan jamuannya selepas upacara selesai. Tapi aku tengok sebelum selesai pun dah ramai kaum kerabat dia orang tinggalkan dewan dan turun ke bawah. Ke dewan makan. Aku dan member masih stay dan pergi dekat pelamin. Nak snap gambar sikit. Nak naik atas pelamin kena tanggalkan kasut so aku malas nak naik. Perut lapar tau masa tu. Boleh makan ke?

“Vege chicken,” kata rakan Hindu penuh confident sambil sengih-sengih dan tepuk bahu aku. Perut yang lapar bahu pula dia tepuk. “No problem.”

Aku turun gak ke dewan. Memang ada lauk ayam. Pun nampak familiar sebab setiap hari aku makan kat kedai mamak pun memang nampak lauk tu. Tapi sumpah aku tak ambil chicken tu. Aku ambil tiga ketul tauhu masak apa entah. Bendi goreng berempah. Perut tengah lapar kan. Belasah je… Burrpp… Alhamdulillah…

Dan ni Azizy masa perarakan pengantin masuk dalam dewan pelamin. Buat nakal le tu. Nasib baik buat nakal je. Jangan tersampuk sungguh pula tau… Tu kuil Hindu tu weh…!!!

2 Respons to “Kita Masih Tiru Dia Orang”

  1. anak jantan lu memang kool…..

    haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: