Arkib untuk Mac, 2012

Dan Siput Jua Yang Menang

Posted in Santap, SíPúT on 25 Mac 2012 by Najwa Aiman

Siput belitung - Sebelum

Siput sedut? Siput belitung? Sowi…! Family aku tahu aku tak boleh makan siput ni sejak belum baligh lagi. Permaisuri aku tahu sejak awal-awal sebelum sarung cincin dulu pasal ni. Putera Puteri aku pun tahu. Tapi dia orang semua memang suka makan siput sedut atau siput belitung ni. Srooottt… srooottt…! Aku tak boleh laaa… Pandang cengkerangnya aje buat aku imagine badannya yang lembik, berlendir, menggeliat perlahan-lahan gitu… Eeeiiiyyy…!

Tapi hari tu aku cuba. Seekor yang pertama antara suap tak suap, suap tak suap je ke mulut… Sanggup ke aku nak sedut badan siput yang lembik lembut berlendir menggeliat-geliat tu…? Tapi, ni bukan siput babi atau siput daun tu. Ni siput comey. Cengkerangnya pun comey. Sanggup?

Bismillah dah berbelas kali ungkap, tapi siput yang pertama tu masih belum disuap. Meremang bulu tengkuk dan bulu ketiak bila cengkerang siput tu nak dekat ke mulut. Macam mana ni…? Adoi laaa… Kalau bayangkan yang siput ni comey instead of ngeri menjadi tak?

Bismillah… dan srooottt…! Binawe betul… kenapa siput ni tak nak masuk mulut aku? Sekali lagi… srooottt…! Srup! Tu dia! Sudah masuk! Nak telan terus atau kunyah ni? Kunyah le sikit…

Siput belitung - Selepas

Yup… bayangkan siput tu comey… Khatamnya ialah 18 ekor siput belitung sudah jadi mangsa kelaparan aku… Burrrppp… alhamdulillah… Aku dah belajar menerima siput comey… Tapi kompem semua siput sekarang ni dah takut dengan aku. Kalau depa ada kaki, kompem depa bingkas lari! Maceh kepada Permaisuri yang menjadi asbab aku suka siput comey sekarang… Aharks!

“Nak Jadi Paus Atau Duyung?”

Posted in Feminin, Matang on 14 Mac 2012 by Najwa Aiman

Aku suka banget dengan entry blog ni. Aku suka part ni sangat-sangat sampai aku rasa nak share. So aku kidnap je extract tu. Tuan punya blog tu nak marah ke? Dia pun extract dari Facebook katanya. Anyways, kepada para wanita yang rasa dia ‘gemoks’—

A while back, at the entrance of a gym, there was a picture of a very thin and beautiful woman. The caption was:

“This summer, do you want to be a mermaid or a whale?”

The story goes that a woman (of clothing size unknown) answered the following way:

Dear people,

Whales are always surrounded by friends (dolphins, seals, curious humans). They are sexually active and raise their children with great tenderness. They entertain like crazy with dolphins and eat lots of prawns. They swim all day and travel to fantastic places like Patagonia, the Barents Sea or the coral reefs of Polynesia.
They sing incredibly well and sometimes even are on CDs. They are impressive and dearly loved animals, which everyone defend and admires.

Mermaids do not exist.

But if they existed, they would line up to see a psychologist because of a problem of split personality: woman or fish?

They would have no sex life and could not bear children. Yes, they would be lovely, but lonely and sad. And, who wants a girl that smells like fish by his side?

Without a doubt, I’d rather be a whale.

At a time when the media tells us that only thin is beautiful, I prefer to eat ice cream with my kids, to have dinner with my husband, to eat and drink and have fun with my friends.

We women, we gain weight because we accumulate so much wisdom and knowledge that there isn’t enough space in our heads, and it spreads all over our bodies.

We are not fat, we are greatly cultivated.

Every time I see my curves in the mirror, I tell myself: “How amazing am I?!”

Ekekekeke… Betul gak kan? “Mermaid” tu ialah “dugong” kan? Tapi bukan ke dugong ni hodoh jauh lebih hodoh daripada paus ke…? But anyways, zaman belum baligh dulu selalu kena paksa makan minyak ikan paus Scott’s Emulsion tu. Dan masa tu belum ada yang perisa oren macam sekarang. Semua original warna putih pekat tu… Seksa weh! Dan aku tak tahulah kau orang, tapi duyung, di manakah dan bagaimanakah jantan berlazat-lazatan dengannya? Anatomi dia sama ke macam manusia perempuan punya…?

Aku tetap pilih manusia wanita yang kecil molek, berambut lurus, kalau boleh ada bulu roma halus yang kelihatan di lengan, betis dan sikit antara hidung dan bibir… Mmmm… Dan tak boleh lebih tinggi daripada aku… Mmmm… Dan mesti comey macam siput…

Ya! Aku Suka Memasak!

Posted in Hiburan, Santap on 13 Mac 2012 by Najwa Aiman

Weh! Dah berapa kali aku kena cakap pasal ni ek? Cet…! Ya! Aku memang suka memasak sejak dulu. Sejak lepas grad. Aku memang suka mereka-reka masakan dan resepi. Tapi tak pernah le aku bukukan atau dokumentasikan. Sebab aku bukan chef profesional.

Dan ya! Sebab aku suka memasak, aku memang suka tengok rancangan memasak kat TV, especially kat Astro — AFC, Foodnetwork, kekadang T&L pun ada pasal masak memasak. Awat? Hang pelik kenapa orang jantan macam aku suka tengok rancangan memasak? Aku sampai boleh kenal hampir semua chef host rancangan memasak tu tau. Antaranya—

Dan aku pun tahu betapa renyahnya sometimes nak buat French food nih. Bahan-bahannya kekadang susah nak dapat. Tapi kalau dah dapat... Lazat...!

Dan dah banyak kali tonton pun aku tahu makanan Scandinavia banyak fish base. Hanyir kalau mentah tapi bila dah masak... lazat menjilat!

Yes! Banyak sungguh makanan yang nampak canggih dan lazat serta complicated tapi sebenarnya simple dan boleh settle dalam masa 30 minit je. Yup... 30 minit je... Licin bersih!

Lain sikit macam Scandinavian food, yang ni mentah pun sedap, tapi kalau dah masak teramatlah lazat rasanya...!

Dan Mexican food tak pernah mengecewakan aku! Tak pernah! Pedas, kecil molek cili api, lincah dan keletah! Yup... Lazat!

Dan makanan paling favourite aku so far selepas Mexican food, is ofkoz, Italian! Yummy! Simple, lincah, kekadang pedas, selalunya keletah, dan kekadang ganassszzz...! Lazat!

“Kenapa Tak Bincang Dengan Bos?”

Posted in Bodoh on 12 Mac 2012 by Najwa Aiman

I used to have a more polite phrase, and more reasonable too I think: “We do not reason with unreasonable people.”

Separuh Terbuka

Posted in Puisi on 11 Mac 2012 by Najwa Aiman


Sebenarnya… Hari Untuk Lelaki

Posted in Feminin on 8 Mac 2012 by Najwa Aiman

♥ SéLáMáT ♥

♥ HáRí ♥

♥ áWéX ♥

♥♥♥

Makhluk yang paling cantik atas muka bumi ni. Maha Suci Allah! Yang mengandung dan melahirkan zuriat. Yang bangiun paling awal di subuh hari. Yang tulang empat keratnya berfungsi sejurus matanya celik di awal pagi. Yang mencukupkan kenyang suami dan anak-anak dengan makanan yang lazat. Yang membersihkan pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Yang ke pejabat menempuh kesesakan sebagaimana suaminya. Yang bertungkus-lumus menahan hati dan perasaan dek kerenah bos, rakan sejawatan dan orang bawahan, pun sebagaimana suaminya. Yang pulang ke rumah dalam kepenatan sambil menempuh kesesakan sekali lagi, seperti juga suaminya. Yang singgah di kedai sebelum tiba ke rumah membeli barangan dapur dan sedikit makan malam. Yang melaungkan salam di pintu rumah sambil mata meliar melihat sekitar luar dan dalam, mencari-cari apa yang harus dikemas dan dibersihkan sejurus melangkah masuk ke rumah. Yang meluru ke dapur melihat-lihat makanan apa yang ada untuk suami dan anak-anak bagi jamuan malam. Merenung-renung dan mengira sudah pulangkah semua anak-anaknya dari sekolah. Yang bergegas ke belakang meninjau-ninjau baldi dan besen yang sarat dengan kain baju untuk dicuci. Yang membelek-belek surat-surat di meja yang tiba untuk diatur buat bacaan suami. Yang menyiram dan menyabun setiap tubuh anak-anaknya sebelum duduk makan malam bersama suaminya. Yang memeriksa dan memimpin anak-anaknya membuat kerja sekolah dan mengemas beg untuk esok harinya. Yang bersoal jawab dengan anak-anaknya tentang pelajaran dan keperluan harian sekolah mereka. Yang mengharum dan mengindahkan bilik peraduan buat keselesaan rehat suaminya di waktu malam. Dan yang kadang kala masih terus mengunakan tulang empat keratnya tatkala dia sepatutnya berehat demi melayan kerenah dan kehendak suaminya pula…

Tidakkah mulia kejadian seorang wanita yang diciptakan Allah SWT…? Maka muliakanlah wanita. Dan kepada kaum awex, orang kata, nak bagi orang respek kita, kita kena respek diri sendiri dulu kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Lepas tu kalau orang still tak respek, persetankan aje dia orang tu! Ekekekekekek… Dan percayalah… sehebat mana jua wanita, lelaki adalah pelengkap hidupmu sebagaimana kamu pelengkap hidup lelaki.

Aku cinta kamu semua wahai wanita!

Sang Siput Comey

Posted in Puisi, SíPúT on 8 Mac 2012 by Najwa Aiman


Betul Ke…?

Posted in Bencana, Bodoh, Budaya, Islam, Sosial on 8 Mac 2012 by Najwa Aiman

Bayangkan runtuhnya persahabatan disebabkan salah seorang sahabat mendengar khabar angin daripada orang ketiga. Bercerai suami dan isteri disebabkan salah seorang percaya kepada khabar yang berdusta. Retaknya organisasi disebabkan khabar yang tak berpaksi nyata. Musnahnya masyarakat akibat lidah yang nista berbicara. Dan terbunuhnya manusia semata-mata kerana mulut yang menjaja cerita.

Lebih malang lagi, semua perkhabaran itu tidak satu pun padanya ada fakta yang pernah dibuktikan. Sekadar lidah yang tak bertulang membawa khabar dari telinga ke telinga. Lantas telinga yang mendengar bulat-bulat mempercayai setiap kata-kata. Kata-kata yang tak boleh disentuh apatah lagi dipegang. Yang dibawa masuk ke rongga telinga lantas hilang, hanya kekal dalam fikiran perasaan mereka yang takut bertanya tentang sahih benarnya cerita.

Dan kata-kata itulah yang mengakibatkan nilai nyawa dan maruah manusia menjadi sebegitu amat hina tak berharga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat, ayat 6)

Sayang sungguh andai hendak membina sesuatu yang amat teguh dan gagah kesucian dan keluhurannya, runtuh berkecai sebelum sempat tertegak akibat angin yang membawa khabar dusta yang tidak diperiksa. Tiadakah terasa walau secubit kesal betapa ruginya kehilangan mahligai yang suci semata-mata kerana percaya pada lidah pendengki yang mengadu domba?

Janganlah dihinakan kasih sayang yang sesuci kain putih dengan menarafnya sama seperti fitnah nista dan dusta… Sungguh amat dikesali kerugiannya nanti… Semoga Allah SWT menunjukkan kebenaran yang sebenar…

Hospital Pun Pakai Nasib Tau

Posted in Quips on 6 Mac 2012 by Najwa Aiman

Excuse Me is Not an Excuse

Posted in Bodoh, Feminin, Hiburan, SíPúT on 6 Mac 2012 by Najwa Aiman

Cerita lu buat gua tune dalam kepala lagu yang gua suka banget. Lagu Katy Perry Hot n Cold tu. First time dengar ternganga kejap. Betul ke apa yang dia sebut? Dengar semula… Ekekekekeke… Pada part awal yang dia sebut—

Katy Perry tujukan lagu ni kat lelaki ek? But then again, perempuan lagi banyak buat perangai macam ni kan? Bukan ke? Ke? Perempuan ni ada satu masalah dan masalah tu ialah tak boleh nak kata “Tak mahu” atau “Tak nak”. Takut kecil hati ke? Tak mahu dan tak nak tu sendiri akan mengecilkan hati tapi rasa kecil hati ni memang sebahagian daripada sakit hati dan sakit hati ialah sebahagian kehidupan manusia — lelaki mahupun perempuan. Sementara aja. Bila dah terubat luka tu nanti okeylah dia.

Tapi sakit hati ada banyak diagnosis. Sakit hati disebabkan kecil hati akibat perempuan tak mahu jauh lebih minor daripada sakit hati akibat kecil hati + marah + dendam disebabkan perempuan tak mahu tapi tak mahu cakap “tak mahu”. Faham? Sakit hati begini lebih mirip kepada elemen rasa ditipu. Dan setahu aku lelaki memang cukup marah kalau ditipu. Instead of simply kata “tak mahu”, tu dia sampai banjir dengan alasan dan excuses dilimpahkan dek perempuan yang tak mahu cakap “tak mahu” tu! Excuse tu la, excuse ni laaa… Hampeh je kan?

Tak apa beb… Sebagai lelaki, kena terima bahawa perempuan memang sifatnya suka menipu… Ekekekekeke… Aiyaaarrrkkksss…!!! Salah ke diagnosis ni? Peduli apa aku… Jom fren, kita enjoy lagu Katy Perry secara live! Tapi orang Filipino yang nyanyi. Kat Uncle Chilli’s. Lagi seksi weh! Dan sama tinggi! Eheks… Jom!