Betul Ke…?

Bayangkan runtuhnya persahabatan disebabkan salah seorang sahabat mendengar khabar angin daripada orang ketiga. Bercerai suami dan isteri disebabkan salah seorang percaya kepada khabar yang berdusta. Retaknya organisasi disebabkan khabar yang tak berpaksi nyata. Musnahnya masyarakat akibat lidah yang nista berbicara. Dan terbunuhnya manusia semata-mata kerana mulut yang menjaja cerita.

Lebih malang lagi, semua perkhabaran itu tidak satu pun padanya ada fakta yang pernah dibuktikan. Sekadar lidah yang tak bertulang membawa khabar dari telinga ke telinga. Lantas telinga yang mendengar bulat-bulat mempercayai setiap kata-kata. Kata-kata yang tak boleh disentuh apatah lagi dipegang. Yang dibawa masuk ke rongga telinga lantas hilang, hanya kekal dalam fikiran perasaan mereka yang takut bertanya tentang sahih benarnya cerita.

Dan kata-kata itulah yang mengakibatkan nilai nyawa dan maruah manusia menjadi sebegitu amat hina tak berharga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat, ayat 6)

Sayang sungguh andai hendak membina sesuatu yang amat teguh dan gagah kesucian dan keluhurannya, runtuh berkecai sebelum sempat tertegak akibat angin yang membawa khabar dusta yang tidak diperiksa. Tiadakah terasa walau secubit kesal betapa ruginya kehilangan mahligai yang suci semata-mata kerana percaya pada lidah pendengki yang mengadu domba?

Janganlah dihinakan kasih sayang yang sesuci kain putih dengan menarafnya sama seperti fitnah nista dan dusta… Sungguh amat dikesali kerugiannya nanti… Semoga Allah SWT menunjukkan kebenaran yang sebenar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: