Sebenarnya… Hari Untuk Lelaki

♥ SéLáMáT ♥

♥ HáRí ♥

♥ áWéX ♥

♥♥♥

Makhluk yang paling cantik atas muka bumi ni. Maha Suci Allah! Yang mengandung dan melahirkan zuriat. Yang bangiun paling awal di subuh hari. Yang tulang empat keratnya berfungsi sejurus matanya celik di awal pagi. Yang mencukupkan kenyang suami dan anak-anak dengan makanan yang lazat. Yang membersihkan pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Yang ke pejabat menempuh kesesakan sebagaimana suaminya. Yang bertungkus-lumus menahan hati dan perasaan dek kerenah bos, rakan sejawatan dan orang bawahan, pun sebagaimana suaminya. Yang pulang ke rumah dalam kepenatan sambil menempuh kesesakan sekali lagi, seperti juga suaminya. Yang singgah di kedai sebelum tiba ke rumah membeli barangan dapur dan sedikit makan malam. Yang melaungkan salam di pintu rumah sambil mata meliar melihat sekitar luar dan dalam, mencari-cari apa yang harus dikemas dan dibersihkan sejurus melangkah masuk ke rumah. Yang meluru ke dapur melihat-lihat makanan apa yang ada untuk suami dan anak-anak bagi jamuan malam. Merenung-renung dan mengira sudah pulangkah semua anak-anaknya dari sekolah. Yang bergegas ke belakang meninjau-ninjau baldi dan besen yang sarat dengan kain baju untuk dicuci. Yang membelek-belek surat-surat di meja yang tiba untuk diatur buat bacaan suami. Yang menyiram dan menyabun setiap tubuh anak-anaknya sebelum duduk makan malam bersama suaminya. Yang memeriksa dan memimpin anak-anaknya membuat kerja sekolah dan mengemas beg untuk esok harinya. Yang bersoal jawab dengan anak-anaknya tentang pelajaran dan keperluan harian sekolah mereka. Yang mengharum dan mengindahkan bilik peraduan buat keselesaan rehat suaminya di waktu malam. Dan yang kadang kala masih terus mengunakan tulang empat keratnya tatkala dia sepatutnya berehat demi melayan kerenah dan kehendak suaminya pula…

Tidakkah mulia kejadian seorang wanita yang diciptakan Allah SWT…? Maka muliakanlah wanita. Dan kepada kaum awex, orang kata, nak bagi orang respek kita, kita kena respek diri sendiri dulu kan? Kan? Bukan ke? Ke…? Lepas tu kalau orang still tak respek, persetankan aje dia orang tu! Ekekekekekek… Dan percayalah… sehebat mana jua wanita, lelaki adalah pelengkap hidupmu sebagaimana kamu pelengkap hidup lelaki.

Aku cinta kamu semua wahai wanita!

2 Respons to “Sebenarnya… Hari Untuk Lelaki”

  1. uish… kellass orang kene cacar ayam… (get well soon der).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: