Dan Siput Jua Yang Menang

Siput belitung - Sebelum

Siput sedut? Siput belitung? Sowi…! Family aku tahu aku tak boleh makan siput ni sejak belum baligh lagi. Permaisuri aku tahu sejak awal-awal sebelum sarung cincin dulu pasal ni. Putera Puteri aku pun tahu. Tapi dia orang semua memang suka makan siput sedut atau siput belitung ni. Srooottt… srooottt…! Aku tak boleh laaa… Pandang cengkerangnya aje buat aku imagine badannya yang lembik, berlendir, menggeliat perlahan-lahan gitu… Eeeiiiyyy…!

Tapi hari tu aku cuba. Seekor yang pertama antara suap tak suap, suap tak suap je ke mulut… Sanggup ke aku nak sedut badan siput yang lembik lembut berlendir menggeliat-geliat tu…? Tapi, ni bukan siput babi atau siput daun tu. Ni siput comey. Cengkerangnya pun comey. Sanggup?

Bismillah dah berbelas kali ungkap, tapi siput yang pertama tu masih belum disuap. Meremang bulu tengkuk dan bulu ketiak bila cengkerang siput tu nak dekat ke mulut. Macam mana ni…? Adoi laaa… Kalau bayangkan yang siput ni comey instead of ngeri menjadi tak?

Bismillah… dan srooottt…! Binawe betul… kenapa siput ni tak nak masuk mulut aku? Sekali lagi… srooottt…! Srup! Tu dia! Sudah masuk! Nak telan terus atau kunyah ni? Kunyah le sikit…

Siput belitung - Selepas

Yup… bayangkan siput tu comey… Khatamnya ialah 18 ekor siput belitung sudah jadi mangsa kelaparan aku… Burrrppp… alhamdulillah… Aku dah belajar menerima siput comey… Tapi kompem semua siput sekarang ni dah takut dengan aku. Kalau depa ada kaki, kompem depa bingkas lari! Maceh kepada Permaisuri yang menjadi asbab aku suka siput comey sekarang… Aharks!

2 Respons to “Dan Siput Jua Yang Menang”

  1. muhamadov ghafarov Says:

    gila ah.. rupa gagah, mempunyai karisma nenundukkan mana mana wanita…

    tapi…cheh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: