Keempat-Empatnya Semua

Dan Aiman Haziq pun sama ikut jejak langkah alongnya Aiman Zulkifli, kakaknya Aimy Najwa dan abangnya Aiman Azizy. Haziq pun duduk hospital juga… Lung infection kata doktor. Microplasma test positive. Maka sejak Khamis 12 April 2012, masuklah dia ke ward paeds di SDMC tu.

Kena telanjang ek Ajiq... Kena buat sponging sebab demam dah panas sangat malam tu... Tak gamak aku tengok...

Hari pertama masuk wad excited ek...? Seronok ek...? Rasa macam stay kat hotel ek...? Tangan kena cucuk drip pun tak kisah ek? Tangan kanan pula tu... Macam mana nak buat homework kat dalam wad? Kalau kidal macam Ummi boleh le juga kan?

Amboi amboi... Macam tak sakit je... Dirawat oleh misi-misi yang lemah lembut pula tu... Mmmm... Syurga ek...?

Setiap empat jam kena "lei-bu-lai-zer". Aharks...! 'nebulizer' la Ajiq... Asal activate je nebulizer tu, dan-dan pejam mata, baring tersandar relaks, tak bergerak dah sampailah selesai.

Kesejukan ek Ajiq...? Sian dia... Comel banget macam Ayahanda dia... Mmmm... Uhuk! Mana Nurse Veron ni...? Ajiq dah tidur ni...

It's time to leave, Ajiq. Check out. Discharge. Continue medication kat rumah. Lama sangat kat hospital pun boring gak der kalau lu jenis belum mummaiz dan belum baligh tau...

Dan siang tadi barulah Haziq discharge. Empat hari dalam wad dijaga oleh Permaisuri yang sentiasa setia menemani dan menjaga Puteranya. Terima kasih kepada Permaisuri beta yang sentiasa sanggup berkorban apa saja demi Putera Puterinya. Kanda cuma jaga satu hari je Sabtu hari tu kan? Mujur Permaisuri memang memerintah salah satu wilayah berdekatan. Dan mujur berhampiran hujung minggu.

Penghargaan yang tak terhingga kepada Dr. Lee Eng Lam, pakar kanak-kanak yang memang semua orang kata beliau mempunyai magic touch. Memang sungguh bagai dikata. Terima kasih Doc. Dan kepada staf paeds ward A di SDMC yang gigih dan dedikasi serta amat profesional. Juga kepada staf housekeping dan F&B (tak apa der sebab wa tau chef terpaksa ikut spesifikasi menu untuk ward patient). Budi kalian amat tidak ternilai harganya. Terima kasih semua! Terima kasih sekali lagi yang amat tak terhingga untuk Dr. Lee Eng Lam!

2 Respons to “Keempat-Empatnya Semua”

  1. moga terus membesar dengan sihat….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: