Kertas Tisu

“Honesty is the best policy” orang kata. “Berkatalah yang benar walaupun pahit,” orang kata. “Tell the truth, the whole truth,” orang kata. Apa pasal banyak bebenor orang kata benda-benda macam ni? Agak aku sebab untuk memudahkan orang lain dan diri sendiri juga. Agak akulah…

Anyways, kalau rambutan tu di dalam laman orang, jangan diambil melainkan setelah dapat izin tuannya. Tapi kalau tuannya memang nak tebang pokok tu, lainlah ceritanya. Kalau tahu memang tuannya nak tebang, silakan. Tapi kalau tak tahu, eloklah bertanya tuannya. Ambil tanpa bertanya ni penyangak tau.

Dan tisu ialah teman setia sesiapa saja. Teman? Hmmm… Hanya bila perlu. Tatkala lubang hidung sungguh amat tak selesa sendat dipenuhi hingus hijau biru coklat yang sentiasa mengalir meleleh-leleh menghodohkan wajah. Lantas sekotak tisu diletak di sisi. Hembuslah hingus tu sesuka hati. Sang tisu akan menerima pasrah. Dia rela. Tak melawan pun. Dan sesudah seluruh tubuhnya lunyai dimamah hingus, campakkan saja. Dalam keadaan tak berhingus letak je kotak tisu tu kat mana-mana sampai berhabuk. Tak perlu pandang pun…

4 Respons to “Kertas Tisu”

  1. muhamadov ghafarov Says:

    satu soalan serius untuk anda….

    adakah tisu sejenis kertas?

    ***aku telah mula dihantui soalan ini..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: