Arkib untuk Mei, 2012

Mudiak Arau

Posted in Quips, SíPúT on 25 Mei 2012 by Najwa Aiman

Tak sihat sekarang ni. Kerap gak. Strategi untuk relinquish SM and revert to M harap-harapnya berbaloi dalam keadaan terpaksa menempuh sakit macam ni. Tapi kali ni sakit yang teramat sangat. Seluruh badan. Menggigil hampir 24 jam. Duduk pun tak boleh tegak, apatah lagi nak bangun berdiri. Badan dah tua sangat gamaknya? Dan oh ya… sakit ni is not part of the strategy okay… Ni bukan sengaja mencari penyakit. Dah penyakit tu nak datang, aku nak buat camne…

Anyways, hari tu sempat cuci transporter reliable aku. Terpaksa, again, minta tolong Adinda uruskan road tax dan insurance renewal. Tapi dalam keadaan sekarang tak larat nak pasang road tax. Tak apalah kut sebab nak drive pun tak larat kan? Kan?

Dan masih lagi dengan bantal ni selama bertahun-tahun dah ni. Dah berserabai atas bawah pun masih ada bantal bucuk ek? Well… Sukati akulah! Apa kau orang kisah? Hah? Dan ya, memang aku bawa ke mana-mana pun pergi bila outstation termasuk balik kampung. So? Ada kau orang kisah? Aku suka, aku punya pasallah. Dan bukan… tu bukan kesan air liur basi, air liur masak mahupun air-air lain yang dirembeskan dari anatomi badan yang lain. Bukan!

Dan sampai ke hari ni aku masih tertanya-tanya… Kenapa Chilis…? Kenapa ek…? Misteri… Bukanlah tak suka. Tak kisah pun sebenarnya. In fact kadang-kadang suka gak sebab bunyinya kadang-kadang dengar macam sedap manja gitu kan… “my lovely chilis” gitu kan…? Kan? Tapi still… kenapa “Chilis”…?

Buat Kali Kedua

Posted in Puisi, SíPúT on 18 Mei 2012 by Najwa Aiman


Kuasa Minda vs Emosi

Posted in Bebel on 17 Mei 2012 by Najwa Aiman

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana mencipta perasaan dan emosi untuk insan. Tapi macam mana Allah mengasihi dan menyayangi kita ek? Tak mungkin sama sebagaimana kita menyayangi sesuatu, kan? Tak mungkin sama kerana Allah itu wa lam yakul-lahu kufuwan ahad.

Tapi Allah juga menjadikan perasaan dan emosi manusia tu abstrak. Tak nampak. Dan oleh kerana ia tak nampak, tak semestinya ia tak wujud, kan? Macam udara. Macam gas. Tak nampak, tapi tahu-tahu berbau je… Tengik pula tu. Macam baru lepas makan telur rebus lima biji.

Dan salah satu hikmahnya perasaan dan emosi tu tak kelihatan ialah — pada pendapat akulah, peduli apa kau orang setuju ke tak, aharks — supaya manusia boleh memilih untuk menzahirkannya atau tak. Kenapa? Sebab hanya tu je — itu sahajalah — satu-satunya hak mutlak manusia di bawah penguasaannya sendiri selagi Allah memberi kudrat upaya kepadanya. Satu-satunya wadah manifestasi akal yang apabila hilang, maka jadilah manusia tu seorang gila.

Tapi gila tu baguslah kan? Orang waras harus kuat bersabar untuk masuk syurga. Menguasai emosi memang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Tapi orang gila masuk syurga tanpa hisab kan? Kan? So? Lebih baik gila kan? Kan? Ekekekekekekeke…

Dan aku ingat pesanmu duhai sahabat yang dikasihi… “Hati plastik je yang tak ada perasaan. Kau plastik atau daging? Kalau daging, masak biar lazat, mati biar hancur. Kalau plastik, dah tak boleh pakai pun merosakkan alam sekitar lagi.” Semoga kau damai di sana, sahabat.

Untukmu Mama

Posted in Famili, Puisi, SíPúT on 13 Mei 2012 by Najwa Aiman


Pesta Buku 2012 Aku…

Posted in Bahasa, Feminin, Novel, Semasa, Sosial on 6 Mei 2012 by Najwa Aiman

Ni tentang aku — ya… aku, Najwa Aiman — kat Pesta Buku Antarabangsa 2012. Nak baca, silakan. Tak nak tahu, tak paksa pun… ekekekeke…

So apa yang aku hadapi dalam Pesta Buku tahun ni…? Well… as usual…

Aku duty macam biasa. Sain autograf dengan tagline Najwa Aiman mengikut tahun dan musim kepada mereka yang mahu autograf Najwa Aiman…

Dan ofkoz aku akan tumpang minta include camera aku juga bila ada pembaca yang minta izin nak bergambar dengan Najwa Aiman dengan kamera dia orang… hehehehehe…

Dan sesungguhnya, bulan takkan mungkin bersinar tanpa mentari. Promoter ni semualah mentari, sedangkan penulis macam aku, especially yang gerhana macam aku, hanya sekadar menumpang cahaya mereka untuk bersinar menerangi bumi di malam hari… Yup… Penulis macam aku sekadar menjadi ejen kepada matahari untuk syif malam.

But ofkoz… bulan pun di angkasa juga duduknya walaupun tak sejauh matahari. So bulan pun mestilah nak kadang-kala berada dekat dengan matahari kan…? Kan…?

Dan matahari tu hanya sebutir daripada jutaan bintang. Antaranya bersinar membawa karektor baru untuk heroin baru Najwa Aiman. Yup… Deskripsi heroin yang tetiba muncul dalam realiti. Tapi penampilan je laaa… Perawakan dan sifat, nope… Not yet…

Dan di Pesta Buku ni juga aku kena pukul dek Optimus Prime. Bengong… Dah le datang negara orang, nak pukul orang tempatan pula… Apa dia ingat dia tu siapa…? Hmmm… Macam tuju kat orang tertentu je ayat aku tu kan…? Kan…? Bukan ke…? Ke…?

Dan aku juga telah ditikam… oh! Bisanya…! Oleh seekor robot ntahapenama yang penuh dengan tatoo tulisan Jepun. Ni robot apa ek…?

Apa-apa hal pun, terima kasih kepada Creative Enterprise sebab masih lagi jemput aku duty kat Pesta Buku 2012 ni walaupun dah bertahun Najwa Aiman tak ada buku baru. Buku dalam proses. Sebenarnya draf manuskrip novel Tentang Lina yang masih belum siap tu dah dihantar kepada penerbit untuk tujuan preliminary assessment — menilai sama ada layak terbit atau tak bahasa dan pendekatan gitu. Aku malaslah nak bersusah payah habiskan manuskrip yang akhirnya nanti tak diterima khalayak atas sebab-sebab yang akan buat aku mencarut. Maka eloklah biar ada preliminary assessment dulu sebelum aku teruskan. Let’s wait and see…

Dan Akhirnya…

Posted in Famili on 2 Mei 2012 by Najwa Aiman