Kuasa Minda vs Emosi

Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana mencipta perasaan dan emosi untuk insan. Tapi macam mana Allah mengasihi dan menyayangi kita ek? Tak mungkin sama sebagaimana kita menyayangi sesuatu, kan? Tak mungkin sama kerana Allah itu wa lam yakul-lahu kufuwan ahad.

Tapi Allah juga menjadikan perasaan dan emosi manusia tu abstrak. Tak nampak. Dan oleh kerana ia tak nampak, tak semestinya ia tak wujud, kan? Macam udara. Macam gas. Tak nampak, tapi tahu-tahu berbau je… Tengik pula tu. Macam baru lepas makan telur rebus lima biji.

Dan salah satu hikmahnya perasaan dan emosi tu tak kelihatan ialah — pada pendapat akulah, peduli apa kau orang setuju ke tak, aharks — supaya manusia boleh memilih untuk menzahirkannya atau tak. Kenapa? Sebab hanya tu je — itu sahajalah — satu-satunya hak mutlak manusia di bawah penguasaannya sendiri selagi Allah memberi kudrat upaya kepadanya. Satu-satunya wadah manifestasi akal yang apabila hilang, maka jadilah manusia tu seorang gila.

Tapi gila tu baguslah kan? Orang waras harus kuat bersabar untuk masuk syurga. Menguasai emosi memang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Tapi orang gila masuk syurga tanpa hisab kan? Kan? So? Lebih baik gila kan? Kan? Ekekekekekekeke…

Dan aku ingat pesanmu duhai sahabat yang dikasihi… “Hati plastik je yang tak ada perasaan. Kau plastik atau daging? Kalau daging, masak biar lazat, mati biar hancur. Kalau plastik, dah tak boleh pakai pun merosakkan alam sekitar lagi.” Semoga kau damai di sana, sahabat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: