Arkib untuk 11 Jun 2012

Selagi Bernyawa… Falsafah Failsampah…

Posted in SíPúT on 11 Jun 2012 by Najwa Aiman

Sendirian melayan Hezelnut coffee kegemaran malam ni. Betebiat ke haper aku? Tak apa… Cuba nak jadi filusuf. Memikirkan satu demi satu yang pergi. Terlupa satu demi satu yang datang. Eh kejap… kejap… Apa aja yang datang? Okeylah… sebenarnya memikirkan satu demi satu yang pergi. Boleh jadi filusuf ke? Socrates kata “By all means, marry. If you get a good wife, you’ll become happy; if you get a bad one, you’ll become a philosopher.” Apalah punya wits… aharks…! But then again, Helen Rowland, ofkoz, seorang wanita, kata “When a girl marries she exchanges the attentions of many men for the inattention of one.” Ahah…! Take that!

Dan kita tak terasa kehilangan melainkan yang hilang tu sangat berharga. Misalnya, anggota badan. Tangan, kaki, kemaluan, kepala, hati… Kalau yang hilang tu setakat butang sebutir kat t-shirt free sempena hari sukan kompeni, buat tak peduli aje pun. Dan kehilangan yang sesuatu yang berharga tu bukan semestinya hilang lesap ghaib tak nampak. Tak… Kadang-kadang masih nampak tapi hilang… Aik…? Achaner tu Johan?

Anyways… Siapa kata kehidupan ni mudah? Teori bolehlah, macam sesetengah (bukan semua okey!) pensyarah di universiti. Melenting marah bila student tak dapat jawab apa yang bagi dia soalan mudah. Betul der… soalannya memang mudah. Yang susah tu jawapannya, bodoh… Haprak betul… Dan ya! Kehidupan ni bukannya mudah…

T E T A P I

Okey… Hezelnut coffee kegemaran pun dah habis ni… Patutlah makin papa kedana aku dibuatnya… Falsafah tak dapat gak… Failsampah ada laaa… Nak balik ke atau nak ke bukit? Cari hantu belaan puncak bukit? Apa kau sudah gila wahai mangkuk tandas? Tadahlah tahi itu, sebab ia jauh lebih baik daripada kau menjadi hantu. Okeylah… okeylah… Esok aku kembali menadah tahi. Tahi pun akan kembali ke pejabat esok. Dan nasib aku pun terus menerus bergelumang tahi… Banyaknya najis dalam kehidupan dunia ni… Bilalah ajal nak tiba… Ajal orang lainlah! Aku pun orang juga!