Buat Apa Jadi Tu…?

Biasa tak dengan situasi ni — bila anak seorang loyar kata dia nak jadi loyar, maka bapa dia akan kata “Isy…! Buat apa nak jadi loyar. Tak best…” Anak seorang pekerja pengangkutan yang nak kerja dalam industri pengangkutan pun bapanya akan kata “Tak lumayan kerja tu. Penat je dapat. Kerja lainlah…”

Ada tak situasi bila seorang anak kata dia nak jadi bapa, atau jadi bapa yang baik, maka bapanya pula reply “Isy…! Buat apa jadi bapa… Jadi maklah…”

Anyways, best ke jadi bapa? Nak jadi bapa yang sah kena jadi suami yang sah, kan? Kan? Unless kalau nak jadi bapa kucinglah, kan? Kan? Maka bapa diraikan hari tu. In my case, serentak dengan Ayahanda. Dan aku dapat hadiah i-Pad… Mmmm… Sehari je bertahan i-Pad tu. Next day dahh tinggal suku. Selebihnya langsai jadi taik kut? Entah…

Nice celebration. Donut… yup… Memang favourite aku. And those strawberry pies… Yup! My favourite gak! Dapatlah kenyang… Burrrppp… Alhamdulillaah… Lagi? Well… Dapat tu je la kut…? Bangun pagi ni disambut dengan irama yang… well… Mana dia lembaran kesal dan sesal? Nak tambah entri yang telah diulang berjuta kali sekian lama.

Tapi rasa macam kat sini pun best. Pernah sekali ke sini hari tu. Lepak layan diri dan emosi. Nasib baik tengah tak ada duit je ni… Papa kedana… Dan kalau aku kembali fikir, kadang-kadang aku terima gak hakikat bahawasanya dia orang ni semua sama je. Spesis berangin. Kejap bertiup kencang, kejap sepoi bahasa, kejap tak bertiup langsung, dan kejap ribut taufan. Sama je… Maka apalah gunanya kan…? Sesetengah orang tak tahu apa yang orang lain perlu dan mahu, dan beri apa yang tak dipandang pun…

2 Respons to “Buat Apa Jadi Tu…?”

  1. masa kecik kecik..
    tak ada pun kita sambut hari bapa.. dengan bapa kita kann.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: