Arkib untuk 23 Jun 2012

Cungap Nak Kejar

Posted in Ekonomi, Santap, Sosial on 23 Jun 2012 by Najwa Aiman

Breakfast dengan Geng KeBOR dan tetamu kehormat KeBOR. Orang kata breakfast is the most important meal of the day. Ya ke? Yalah tu kut… Dia orang kan pakar. Anyways, brunch is better for me. Ekonomi. Lagipun makan tak banyak. Dan sekarang ni dok terfikir dah pasal Ramadan yang nak menjelang. Banyak outstation duty kena buat dalam tiga minggu pertama Julai ni sebelum Ramadan menjelang. Nak kejar untuk settle semua yang tergendala dulu. Memang tercungap-cungap lagi lagilah nampaknya bulan Julai ni — nafas dan poket… Planning has to start from now…

Dan azam tahun ni — tak ada lagi iftar kat hotel for whatever reason! Gila ke haper? Bodoh punya kerja nak bayar sampai RM70 hengget untuk sekali makan dalam bulan Ramadan. Sedangkan kalau hari-hari biasa breakfast + lunch + dinner pun tak sampai RM30 hengget!

There are some excitement in my outstation duty kali ni. May be sebab this time, it’s about wanting to see the success of something new and big. Don’t screw this one up Dzam! It’s a matter of your life and death!

Home Sweet Honeydew Home

Posted in Famili, Santap, SíPúT on 23 Jun 2012 by Najwa Aiman

Honeydew kalau menepati cita rasa memang lazat! Cukup masak, harum, lembut dan manis banget. Tapi nak cari yang menepati cita rasa macam tu memang susah. Biasanya keras dan tak cukup manis, kan? Sama macam kiwi. Buahlah, bukan burung! Yang kuning, bukan hijau, sebab yang kuning tu lembut dan manis! Pun jarang dapat sebab mahal. Tapi aku suka… Camne…?

Malam tadi potong kiwi sebiji, honeydew seulas (betul ke penjodoh bilangan ni?), dan epal sebiji. Tak pernah makan honeydew cicah sambal ke, belacan ke, kicap ke, haper ke. Just plain honeydew. Apatah lagi kiwi. Tapi epal memang biasa letak garam Aji-Shio atau serbuk asam. Tapi malam tadi epal dan honeydew ditabur asam. Cute Snail shows the way… and I will always try it. It was delicious! Yummy…! Lazat rupa-rupanya makan honeydew letak serbuk asam ni… Adoi laaa… Kenapa tak tahu dari dulu? Semua terlambatlah dalam hidup ni… Serba terlambat… Adoi laaa…

Dan baru tadi Permaisuri buat kek oren dia yang famous tu! Yummy lagi! Dan menu tambahan ialah popia inti karipap berperisa ubi kentang… Perghhh…! Lazat! Dan malam ni aku tak perlu dinner. Yes! Malam ni ada movie best tak kat TV? Atau tengok bola je…? Cari siput letak sebelah kusyen dan layan bola kut malam ni…

Boys Will Be Boys

Posted in Bebel, Gomen, Nostalgia, Politik, Quips on 23 Jun 2012 by Najwa Aiman

Hari tu ada majlis berikrar dengan SPRM. Segerombolan puak pengurusan dikerah paksarela untuk ke lokasi penggambaran bagi memeriahkan acara berikrar tu. Maka berbondong-bondonglah kita orang. Dan arahan dah dikeluarkan — semua mesti pakai baju korporat (kemeja ala drebar teksi berlengan pendek) dan tali leher korporat (warna hijau bunga-bunga batik). Nasib baik tak ada yang pakai seluar warna hijau hari tu.

Yup… rasa macam muda baru baligh semula in that outfit. Kami dah menunggu dalam dewan. Duduk lepak-lepak sembang-sembang. Bila MC announce VIP tiba, masing-masing bangun berdiri. Macam semua murid-murid berdiri bila guru-guru dan guru besar masuk dewan masa perhimpunan. Dan majlis dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku. Lepas tu doa. Lepas tu ucapan. Dan lepas tu ikrar beramai-ramai, diketuai oleh CEO kat depan selaku head prefect. Memang dia head prefect pun masa sekolah dulu.

Dan hari tu semua yang dah berserabai atas bawah, berbini-bini, bersuami, beranak-pinak dan bercucu-cicit ni kembali muda macam zaman sekolah dulu.

Dan yes… gambar atas tu… the tie really blends well with the chair… And no… bukan pesimistik, tapi realistik. Dan secara realistik, the pledge does not carry any legal authority, does it…?