Boys Will Be Boys
Hari tu ada majlis berikrar dengan SPRM. Segerombolan puak pengurusan dikerah paksarela untuk ke lokasi penggambaran bagi memeriahkan acara berikrar tu. Maka berbondong-bondonglah kita orang. Dan arahan dah dikeluarkan — semua mesti pakai baju korporat (kemeja ala drebar teksi berlengan pendek) dan tali leher korporat (warna hijau bunga-bunga batik). Nasib baik tak ada yang pakai seluar warna hijau hari tu.
Yup… rasa macam muda baru baligh semula in that outfit. Kami dah menunggu dalam dewan. Duduk lepak-lepak sembang-sembang. Bila MC announce VIP tiba, masing-masing bangun berdiri. Macam semua murid-murid berdiri bila guru-guru dan guru besar masuk dewan masa perhimpunan. Dan majlis dimulakan dengan menyanyi lagu Negaraku. Lepas tu doa. Lepas tu ucapan. Dan lepas tu ikrar beramai-ramai, diketuai oleh CEO kat depan selaku head prefect. Memang dia head prefect pun masa sekolah dulu.
Dan hari tu semua yang dah berserabai atas bawah, berbini-bini, bersuami, beranak-pinak dan bercucu-cicit ni kembali muda macam zaman sekolah dulu.
Dan yes… gambar atas tu… the tie really blends well with the chair… And no… bukan pesimistik, tapi realistik. Dan secara realistik, the pledge does not carry any legal authority, does it…?
12 Julai 2012 pada 9:50 PM
kompeni yang buat tie pon buat kerusi jugak ke?
12 Julai 2012 pada 10:51 PM
Taklah… kompeni lain-lain tapi dalam group of companies yang sama… eheks…