Home Sweet Honeydew Home

Honeydew kalau menepati cita rasa memang lazat! Cukup masak, harum, lembut dan manis banget. Tapi nak cari yang menepati cita rasa macam tu memang susah. Biasanya keras dan tak cukup manis, kan? Sama macam kiwi. Buahlah, bukan burung! Yang kuning, bukan hijau, sebab yang kuning tu lembut dan manis! Pun jarang dapat sebab mahal. Tapi aku suka… Camne…?

Malam tadi potong kiwi sebiji, honeydew seulas (betul ke penjodoh bilangan ni?), dan epal sebiji. Tak pernah makan honeydew cicah sambal ke, belacan ke, kicap ke, haper ke. Just plain honeydew. Apatah lagi kiwi. Tapi epal memang biasa letak garam Aji-Shio atau serbuk asam. Tapi malam tadi epal dan honeydew ditabur asam. Cute Snail shows the way… and I will always try it. It was delicious! Yummy…! Lazat rupa-rupanya makan honeydew letak serbuk asam ni… Adoi laaa… Kenapa tak tahu dari dulu? Semua terlambatlah dalam hidup ni… Serba terlambat… Adoi laaa…

Dan baru tadi Permaisuri buat kek oren dia yang famous tu! Yummy lagi! Dan menu tambahan ialah popia inti karipap berperisa ubi kentang… Perghhh…! Lazat! Dan malam ni aku tak perlu dinner. Yes! Malam ni ada movie best tak kat TV? Atau tengok bola je…? Cari siput letak sebelah kusyen dan layan bola kut malam ni…

4 Respons to “Home Sweet Honeydew Home”

  1. penjodoh bilangan untuk honeydew adalah “sepotong”, saya rasa.

  2. terlambat nak meninggi… ooopsss…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: