Lelaki Lemah Ke…?

Nasi lemak, ayam goreng berempah, keledek goreng, air kelapa muda. For lunch. Tak seberapa, tapi insyaAllah mengenyangkan. Siapa nak makan ni?
Aku fikir bagi lelaki menyayangi lebih mudah daripada disayangi. Fikir aku je laaa… Maka bila seorang lelaki tahu bahawa dia disayangi, maka apa pun orang yang menyayangi dia buat — endah tak endah, marah, merajuk, bla bla bla… lelaki pasrah. Menunggu masa untuk memujuk.
Sampai suatu ketika lelaki dikejutkan dengan hakikat yang dilihat dari tingkah laku dan perbuatan — oh… ya ke…? Hancur berkecai hati lelaki yang waja bak konkrit lebuh raya utara selatan. Rata-rata lelaki ‘merasai’ yang dirinya disayangi dan dicintai melalui layanan dan tingkah laku yang diberikan kepadanya. Dan kalau lelaki merasakan yang dirinya tak kelihatan, tak wujud, atau kalau wujud pun sama je taraf macam lelaki lain kalau pun tak lebih hina daripada lelaki lain, atau macam sampah tepi loji…
Hati lelaki juga boleh hancur berkecai. Kerana lelaki juga manusia biasa yang ada perasaan, impian dan harapan…
12 Julai 2012 pada 9:36 PM
uhuk uhuk saya tumpang sedih
12 Julai 2012 pada 10:52 PM
Bro… lu masih dalam mode sedih lagi ke…? Lama tak dengar update.
14 Julai 2012 pada 3:02 PM
lebey kurang laaaa… tough day lagi.. harapnya esok lua gua dapat keluar dari..hehe
22 Julai 2012 pada 1:18 AM
Keluar dari mana pulok nih…? Lu sudah terjerumus ke dalam lubang apa pulok ni? Atau terhumban ke dalam kancah…? Uhuk…?