Arkib untuk Julai, 2012

Jangan Biarku Keseorangan

Posted in Puisi, Uncategorized on 29 Julai 2012 by Najwa Aiman


Apa Sebenarnya…?

Posted in Puisi, SíPúT on 22 Julai 2012 by Najwa Aiman


Kluangman Pergi Melaka

Posted in Bebel, Santap, SíPúT, Sosial on 12 Julai 2012 by Najwa Aiman

Anyways, di JB hari tu semasa breakfast, member dan aku perlukan ashtray. Maka dari jauh aku signal kat waitress — tangan kiri aku menadah, jari telunjuk tangan kanan bergerak atas dan bawah di atas telapak tangan kiri aku yang menadah tu. Dia angguk. Seminit kemudian dia tiba ke meja kami dengan benda ni.

Apa-apa ajelah… Rabu hari tu kami ke Kluang setelah check out dari JB. Terus ke pejabat di Kluang. Gedebak-gedebuk sampai petang. Sempat cuma untuk minum Nescafe secawan ni—

Gila gaban besar cawan dia! (Dan no, tu bukan rokok aku weh!) Tak sempat nak rasa kopi Kluang yang masyhur kat stesen tu. Nak tengok stesen kereta api tu pun tak sempat. Sejak Isnin hati resah gelisah. Semacam belon yang ditiup maksimum menanti masa untuk pecah. Berkecai mati. Tapi tak pecah-pecah dan tak mati-mati lagi. Sebu, risau, takut… Macam-macam… Terasa terancam sesangat. Terasa goyah keyakinan dan kepercayaan kadang-kadang. Pujuk hati sedaya upaya untuk tanam percaya dan yakin. Pasti.

Maka petang Rabu tu memang aku jadi pelesit lebuh raya. Entah berapa saman hantu daripada mambang yang suka bertenggek sebalik pokok dan semaklah yang dah tembak aku agaknya. Persetanlah mambang tu! Yang penting aku mesti segera sampai ke Melaka, check in kat Mahkota dan cari solution resah gelisah ni. Mesti! Aku mahu yakin dan percaya. Aku mahu setia! Fuiyooo… macam negarawan tunggul terunggul pula ek…? Eheks…

Oya… Malam tu jadi drebar lagi untuk ke sekian kali pusing Melaka nak cari makan. Duduk kat Mahkota di Banda Hilir. Kawasan yang sepatutnya pusat pelancongan dan komersil terhebat di Melaka. Jam baru pukul 9:00 malam tapi semua kedai makan Muslim dah tutup. Weh…! Melaka! Aku lapau ni! Kisahnya kau orang ni? Melilau aku cari kedai tau! Hawau! Tiga jambatan aku lintas malam tu sebanyak tujuh kali seberang sungai yang sama. Sesat barai… Alih-alih jumpa satu kedai yang speciality dia ialah asam pedas. Bagus! Asam pedas memang origin Melaka. Dan punyalah darat aku ni baru first time dengar asam pedas tetel. Ya… TETEL. Nak sebut tak ada masalah tapi nak taip tu berhati-hati sebab ‘L’ dan ‘K’ atas keyboard tu sebelah menyebelah aje. Salah taip karang… haaa…

Tapi kecewa sungguh sebab asam pedas tu bukan standard Cik Yam jiran aku orang Melaka yang asam pedasnya kompem buat aku tambah nasi minimum tiga kali. Apa daaa punya asam pedas kedai ni… Dalam negeri Melaka pula dan di Banda Hilir pusat pelancongan yang lepas jam 8:00 malam habis tutup semua kedai makan Melayu… Mengecewakan… Nak balik cari hotel pun sesat barai. Member orang Melaka pun sesat… Nak balik Banda Hilir kena lalu Kampung Hulu. Lahabau kulit limau! Nak pergi hilir kenapa mesti lalu hulu? Cet…!

Tapi tak apa sebab masa aku duduk hotel ni dulu aku tahu menu sarapan paginya lebih hebat daripada kenduri kahwin ala buffet. Banyak dan macam-macam. Boleh tahan sampai dinner sekali makan. Tapi bila turun breakfast pagi esok tu… alahai… Kecewa lagi dengan Melaka…

On the way nak ke ofis, aku nampak kedai ni. Hehehehe… Kedai ni dah pajak soon… ek? Kan?

Anyways… trip minggu ni tak ada isi sangat bagi aku. That very thing the absence of which renders everything insignificant.

Nak ke sini lagi. Sini lagi. Nak tengok siput. Nak suka siput. Nak jadi cengkerang siput.

Bahang Selatan

Posted in Santap, Sosial on 10 Julai 2012 by Najwa Aiman

Dan aku pun check in acara solo di Grand Bluewave Johor Bharu (kenapa ejaan “Bharu” tu camtu ek…?) As usual JB sentiasa menggamit nostalgia kereta api. Tapi JB sekarang bukan JB yang dulu. Aku pun bukan aku yang dulu… Aku sekarang dah kurang hensem tapi makin lawa… cewah! Sukati akulah aku nak puji diri aku… bukan puji kau orang pun… kan? Kan..?

Dan as usual gak kalau dah duduk kat hotel memang aku makan sesuka nafsu serakah bila breakfast. Kompem menu aku mesti bukan menu kedai mamak yang aku bertandang setiap pagi kat ofislah! Apa standard… Mesti yang kedai mamak tak ada punya. Ada ke patut duduk hotel tapi masih ambil nasi lemak dan mee goreng buat brekfast… Oppps…! Ada yang marah ke…? Sowi… uhuk!

Tapi hotel ni jauh sikit dari tamadun pemakanan insan… Amboi… Maka untuk dinner aku terpaksa keluar memandu ke kawasan berdekatan The Zone kat Stulang Laut dan melantak lagi. Member orang JB kata situ ada tomyam sedap. Brengsek! Kedai mana satu kat sini? Ada dekat sepuluh kedai weh! Semua seafood. Semua ada tomyam! Cet…! Dan kenapa Stulang Laut? Ada tak Stulang Darat? Tadi aku nampak signboard Skudai Kiri. Tapi mana Skudai Kanan?

Tapi as usual juga, staf ofis Skudai memang sangat hospitable. Mesti belanja makan tengah hari bila kami dari HQ datang. Dan tadi dia orang belanja kat restoran yang… well… yang aku takkan masuk kalau kena bayar sendiri… ekekekeke… Segan sebab aku ni jenis sengkek dan juga sebab aku tak pernah reti nak order menu kedai-kedai jenis gitu. Tapi dia orang orderkan. Arakian aku pun membelasah nasi putih, ikan siakap kukus, kerabu mangga, sayur apanamantah, ayam lemon, udang goreng butter, tomyam (lagi) campur (yang lebih lazat daripada malam tadi punya), sirap lemon, apa lagi ek…? Tu je kut. Tu je…? Terima kasih bebanyak staf Skudai! Kau orang tak pernah luput dari rasa hormat aku. Honest, kata siput…

Balik ke hotel tadi singgah kat Larkin makan apa yang ada kat Johor je kata member orang JB ni — Kacang Pool (bunyi ‘pol’ bukan ‘pul’ atau ‘po-ol’). Memang aku tak pernah jumpa menu ni kat KL, PJ, SJ mahupun London. Nampak roti tu? Tebalnya may be equivalent tu tiga ke empat keping roti Gardenia tu weh! Dan kuah tu. Well… Aku tak sure apa inti patinya tapi memang ada minced meat, bawang, kacang besar, dan mungkin sardin sikit. Oya, ada telur gak. Dan rasanya? Lazat beb! Dan kesannya? Sampai ke saat aku menulis entri ni aku masih kenyang. Dah empat keping roti makan dengan minced meat plus semua bahan-bahan kuah tu! Tak dinner dah malam ni… aharks!

Esok aku check out. Pergi Kluang. Adoi… pernah ke situ beberapa kali gak sebelum ni. Tak hidup sangat macam JB. Kluangman pun tak ada kat situ…

Kepada Yang Dicintai…

Posted in Puisi, SíPúT on 1 Julai 2012 by Najwa Aiman