Bahang Selatan

Dan aku pun check in acara solo di Grand Bluewave Johor Bharu (kenapa ejaan “Bharu” tu camtu ek…?) As usual JB sentiasa menggamit nostalgia kereta api. Tapi JB sekarang bukan JB yang dulu. Aku pun bukan aku yang dulu… Aku sekarang dah kurang hensem tapi makin lawa… cewah! Sukati akulah aku nak puji diri aku… bukan puji kau orang pun… kan? Kan..?

Dan as usual gak kalau dah duduk kat hotel memang aku makan sesuka nafsu serakah bila breakfast. Kompem menu aku mesti bukan menu kedai mamak yang aku bertandang setiap pagi kat ofislah! Apa standard… Mesti yang kedai mamak tak ada punya. Ada ke patut duduk hotel tapi masih ambil nasi lemak dan mee goreng buat brekfast… Oppps…! Ada yang marah ke…? Sowi… uhuk!

Tapi hotel ni jauh sikit dari tamadun pemakanan insan… Amboi… Maka untuk dinner aku terpaksa keluar memandu ke kawasan berdekatan The Zone kat Stulang Laut dan melantak lagi. Member orang JB kata situ ada tomyam sedap. Brengsek! Kedai mana satu kat sini? Ada dekat sepuluh kedai weh! Semua seafood. Semua ada tomyam! Cet…! Dan kenapa Stulang Laut? Ada tak Stulang Darat? Tadi aku nampak signboard Skudai Kiri. Tapi mana Skudai Kanan?

Tapi as usual juga, staf ofis Skudai memang sangat hospitable. Mesti belanja makan tengah hari bila kami dari HQ datang. Dan tadi dia orang belanja kat restoran yang… well… yang aku takkan masuk kalau kena bayar sendiri… ekekekeke… Segan sebab aku ni jenis sengkek dan juga sebab aku tak pernah reti nak order menu kedai-kedai jenis gitu. Tapi dia orang orderkan. Arakian aku pun membelasah nasi putih, ikan siakap kukus, kerabu mangga, sayur apanamantah, ayam lemon, udang goreng butter, tomyam (lagi) campur (yang lebih lazat daripada malam tadi punya), sirap lemon, apa lagi ek…? Tu je kut. Tu je…? Terima kasih bebanyak staf Skudai! Kau orang tak pernah luput dari rasa hormat aku. Honest, kata siput…

Balik ke hotel tadi singgah kat Larkin makan apa yang ada kat Johor je kata member orang JB ni — Kacang Pool (bunyi ‘pol’ bukan ‘pul’ atau ‘po-ol’). Memang aku tak pernah jumpa menu ni kat KL, PJ, SJ mahupun London. Nampak roti tu? Tebalnya may be equivalent tu tiga ke empat keping roti Gardenia tu weh! Dan kuah tu. Well… Aku tak sure apa inti patinya tapi memang ada minced meat, bawang, kacang besar, dan mungkin sardin sikit. Oya, ada telur gak. Dan rasanya? Lazat beb! Dan kesannya? Sampai ke saat aku menulis entri ni aku masih kenyang. Dah empat keping roti makan dengan minced meat plus semua bahan-bahan kuah tu! Tak dinner dah malam ni… aharks!

Esok aku check out. Pergi Kluang. Adoi… pernah ke situ beberapa kali gak sebelum ni. Tak hidup sangat macam JB. Kluangman pun tak ada kat situ…

6 Respons to “Bahang Selatan”

  1. Rakyat malaysia menghadapi masalah obesiti, jangan jadikan diri anda sebahagian dari mereka…

  2. kurus berpenyakit buat ape…cheh

  3. Salaam. Bro. Stulang Darat memang ada. Kat Johor memang byk tempat yang dibahagikan area “Laut” dan “Darat”. Yang ada perkataan “Laut” tu obviously yang mengarah ke laut. Mcm kat Muar ada Parit Bakar Darat, Parit Bakar Laut etc…. reason sama.
    Eh eh eh… awat la hang pi Johor makan makanan Siam? Awat tak makan makanan Johor… Sahabat hang yang dok kat Johor tu tak bawak hang pi Majidee kaaa?
    Kacang Pool tu resepi Arab la… pool tu memang nama jenis kacang tu… and dalam resepi takde bubuh sardin la… ada tomato (puree/soup/chopped). Amender la sardin….
    Tapi lu memang sangat kurus la sekarang ni bro…..

    • Salam kembali… Lama tak dengar cerita?

      Yup… orang Johor dah bagi tahu memang ada Stulang Darat.

      Dan sahabat Johor tu tak jenguk pun masa kawan kat JB itu hari…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: