Arkib untuk Ogos, 2012

Masih Raya… Dan Merdeka Raya

Posted in Famili, Sosial on 31 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Bazaar Ramadan terbesar kat SP, katanya. Sempatlah gak pergi dan membeli on the last day of Ramadan tahun ni.

Raya tahun ni memang memenatkan. Perjalanan dari KL ke SP bermula dari jam 11:30 PM dan tiba jam 5:00 AM. Non-stop tau! Direct flight! Kalau aku naik pesawat terbang dah boleh sampai mana tu ek? Dubai? Nak stop macam mana… setiap R&R dan hentian yang aku nampak kenderaan beratur sampai ekornya mencecah hiway la weh! Nasib baik Permaisuri, Putera dan Puteri dalam bas persendirian aku semua dok terlena masa tu. So tak ada masalah nak berhenti untuk kencing atau berak. Lapar? Aku dah beli 4 tin potato snack berbagai perisa. Hah… makanlah…! Dan tu hari Jumaat tau, dua hari sebelum raya.

Kat kampung dulu-dulu sumber air ialah telaga. Semua kat situ – membasuh, mandi. Bila last kau orang mandi kat bilik air camni?

Di kampung tahun ni journey agak jauh. Hari raya pertama sampai ketiga memang beraya sakan. Rumah Kak Mah, rumah Kak Ani, rumah Kak Yati. Tu dalam SP je. Raya ketiga kita luar daerah sikit. Dari SP, ke Yan, ke Merbok, Gurun, lepas tu turun ke Kepala Batas (Penang tau, bukan Aloq Setaq), naik ke SP balik. Tu dia…! Dan bilangan rumah yang kami kunjung? Entah… lost count.

Jangan lupa kepada yang dah pergi dulu daripada kita. Adinda bongsu Permaisuri yang pulang ke rahmat Allah terlebih dulu. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Che Da…

Dan peraknya lah hai aku dan Putera Puteri sekelian… Maklumlah… Tengok bendang pun kagum. Tengok orang kacau dodol pun kagum gak! Adoi laaa… Permaisuri je yang steady tak heran. Dalam hati dia tak tahu la tapi kat luar memang muka tak heranlah tengok tu semua. Siap boleh buat ulasan dan lapran proses dari menyemai sampai ke menuai padi lagi! Ditokok-tambah oleh Mama Mil (mama-in-law)… Amboi… Pengalaman depa semua ni patut masuk dalam log book untuk rujukan anak-anak generasi masa depan.

Bebudak gak yang seronok beraya, kan? Kan? Aku tumpang je…

Dan kat kampung-kampung ginilah baru kenal pokok dan buah mahkota dewa, pokok mata kucing, pokok tu pokok ni… Tu belum masuk jenis kuih-muih dan makanan kampung dan tradisi lagi tu. Design rumah pula? Ooo… bawah rumah sudah ditambok dinding dan dapat additional hall dan bilik. Tak sempat nak dokumentasikan sebab mulut dan perut sibuk. Tangan dan gigi apatah lagi sibuknya…

Dan hari ni kita sambut merdeka yang ke 55 tahun… Jom tonton TV!

Camouflage

Posted in Puisi on 31 Ogos 2012 by Najwa Aiman


Bawa Pejabat Ke Kampung

Posted in Quips, Sosial on 15 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Mood raya belaka dah masing-masing. Mood balik kampung? Well… tahun ni beraya outstation. As usual trafik lebuh raya memang gempaklah kan. Tapi kena tempuh dan redah je. suspens sepanjang perjalanan sebab macam-macam boleh jadi. Kereta aku p[ula suspek gasket bocor. Adoi laaa… time-time gini pulok…

Anyways, since tahun ni raya ala kampung, maknanya dari pagi sampai ke petang rumah tu tak berhenti dikunjung adik-beradik sedara-mara yang datang dari segenap mana entah. Oleh kerana aku jenis yang tak bercampur orang sebab aku lebih suka bercampur buat orang, maka manalah aku kenal sedara-mara… (amboi berlagak sungguh…! Adoi laaa…) Tapi memang tak boleh blah kalau beraya di kampung pakai baju kemeja yan glengkap bertali leher, kan? Kan? Ada ke orang buat macam tu? Sebab biasa kat kampung tak pakai baju kemeja, apatah lagi tali leher. So bila raya menjelma, baju raya kita ialah kemeja, slack dan tali leher bagai! Berani?

Bila Pahala Puasa Lunyai Di Awal Pagi

Posted in Bebel, Bodoh, Islam on 13 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Memang betullah Ramadan ni bulan rezeki melimpah-ruah. Punyalah melimpah-ruah sampai terlupa bahawa masih ada yang masih melarat tak cukup makanan di Rohingya dan beberapa lokasi lain. Muslimin muslimat juga tu. Saudara kita… Saudara kita… Saudara kita…

Aku suka gambar kat atas tu. Lukisan dengan pensel. Jadi 3D. Teringat impian nak jadi pelukis masa belum baligh dulu. Tak kesampaian le pulok. Tapi bukan semua pelukis boleh lakar imej 3D atas sekeping kertas kan? Kan? Boleh ke?

Apa cerita pasal lukis-lukis ni? Belum jam 9:00 pun lagi hari ni. Setan-setan semua dah kena rantai, setan sekor dalam ofis ni masih terlepas. Tapi time ni dia belum sampai lagi. Dah sampai karang dia bergiatlah jadi ejen iblis. Tapi sebenarnya tak baik kata dia setan tau, sebab setahu aku setan ni bijaksana. Tapi dia ni… Hmmm… Hancus pahala puasa hari ni… Jomlah berbuka… Awal lagi ni. Sempat nak breakfast dan lunch hari ni…

Ramadan Untuk Akhirat

Posted in Famili, Islam, SíPúT on 13 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Dah berapa Ramadan dah ni ek? Kat bebudak bolehlah tanya “Puasa cukup tak tahun ni?” Kat bapak budak? “Terawih so far cukup tak…?” Ekekekekeke… Errr… cukup ke…? Anyways, terus-terang, tahun ni masih gagal menyempurnakan resolusi untuk sempurnakan terawih setiap malam. Adoi laaa… Tapi tak apa. Niat tu ada. Dapat satu ganjaran kan? Kan?

Dan Ramadan bulan ujian dipertingkatkan, kan? Kekadang to a magnitude thought to be beyond any human capabilities. Tapi tak. Allah takkan menguji manusia di luar daripada kemampuan insan tu. yakinlah dengan Allah SWT. Dia Maha Mengetahui tentang diri kita berbanding kita sendiri. Sebelum-sebelum ni pun memang berbagai ujian Allah beri dalam bulan Ramadan ni. Kebanyakannya gagallah… aharks…! Adoi laaa… Tapi tahun ni… MasyaAllah…! Yakin… Yakin… Yakinlah bahawasanya laa yukallifullaahu nafsan illa wus ‘aha. ‘Tidak diuji Allah ke atas setiap diri melainkan apa yang dalam kemampuannya.’ Sodaqallaah…

Ujian mental dan emosi sebenarnya sangat jauh lebih perit daripada ujian fizikal, tak gitu? Kalau fizikal tak tahan sakit, potong kasi buang. Kalau mental dan emosi tak tahan sakit…?

InsyaAllah… ganjaran Allah kepada mereka yang lulus ujianNya… Maha Suci Allah yang mengurniakan peluang menempuh ujianNya ini demi untuk mendapat ganjaran yang lebih hebat daripadaNya. Persetankan ganjaran dunia ni. Aku dah sedar bahawa dunia ni tak ada apa-apa (oi…! Belum terlewat untuk sedar dan insaf tau! Cet…!) Biarkan aje benda-benda fana di dunia ni. Aku nak kejar yang jauh di sana… Yang lebih abadi. Yang dunia nak blah, atau tak nak menjelma, lantaklah. Ya Tuhan… beri kami kekuatan…

“Jadi Bini Aku, Boleh…?”

Posted in Nostalgia, Puisi on 12 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Tetiba teringat masa baru lepas graduation dulu. Sembang-sembang sesama jantan kompem mesti ada isu pasal kahwin. Al-maklumlah… berlagak baru lepas grad. Gatal sibuk nak kahwin. Maka antara topik sembang berkaitan babak ni ialah macam mana nak propose. Dalam suasana paling romantik dan akan diingat sampai mampus. Yelah tu…

Tapi macam biasa gak, cadangan tak menjadi, debat yang timbul. Debat selorohlah. Sesama kita orang ni mana ada debat yang serius dan intelektual… Cet! Dan antara isu debatnya ialah bila aku kata “Kenapa asyik propose si perempuan untuk jadi isteri? Kenapa tak propose diri sendiri jadi suami?” Huk allooo… pun jadi isu debat… ekekekekekekeke… Bukan ke implikasinya sama je? Bengong punya aku…

But then again, salah ke kalau kita para jantan propose “Sudikah kau ambil aku jadi suamimu?” Salah ke? Tapi aku tak boleh blah proposal formal macam ni laaa… Kiok! Ingat ni filem ke haper? Lepas kahwin nanti tak adanya pulok nak berbahasa-bahasa macam ni… Gambir… “Jadi isteri aku, boleh?” Tu lebih best! Aharks!

Tapi sebab tetiba teringat ni maka gatallah pula aku nak kahwin… Eh? Silap! Gatallah pula aku nak berpuisi proposal. Damn! Kenapa aku tak terfikir nak buat proposal macam ni pada Permaisuri aku dulu ek…? Transform dalam bentuk gambar kami berdua. Frame. Kemudian gantung di dinding rumah. Sebagai peringatan dan nostalgia tentang titik permulaan semua ni. Kau orang tak nak try? Alah… it’s still not too late to do this. Kalau tak dengan yang sedia ada, dengan yang bakal ada, kan? Kan? Bukan ke? Ke? Don’t worry, aku tak claim royalty… ekekekekeke…

Masih Dok Kumpul

Posted in Ekonomi, Famili on 11 Ogos 2012 by Najwa Aiman

Belum cukup, masih dok kumpul. Tapi dah demikian halnya dengan hal mengumpul, kekadang keluar semula. Tapi tekad sebelum mati mesti dilaksana — nak bagi rasa gak… Aharks… Usaha mengumpul diteruskan. Tawakal kepada Tuhan semoga dikabulkan… InsyaAllah.

Tapi katanya not designed for speed. Perlu ke aku kepada speed? Mmmm… Mmmm… Mmmm… Nope… But then again, tak lawa… Nak gak yang lawa. Ada ke orang yang nak benda yang tak lawa? Sakit ke…?

Oh yeszzaa… Memang lawa! Memang speedy! Oh… terharu dan bersemangat. Semangat! Tapi kannn… Mmm… Adoi laaa…

Apa-apa hal pun ni bukan priority. Priority ialah kebahagiaan dunia dan akhirat. Beriman, beramal, jujur dan ikhlas. Jujur tak ikhlas tak ada reda Tuhan. Ikhlas tak jujur tak ada reda insan. Eh…? Ada ke macam tu…?