Syaitan Mana Yang Dirantai

Ulamak kata syaitan semua dah dirantai dan dibelenggu sepanjang Ramadan. Pintu neraka ditutup serapat-rapatnya may be siap dengan password dan secret code. Pintu syurga dibuka seluas-luasnya pula. Kat mana syaitan dibelenggu ek? Ada tak hadis yang mengisahkan tentang penjara syaitan ni? So far tak pernah dengar atau baca lagi pasal ni. Interesting to know. Atau may be rahsia Allah SWT… Tapi kalau kau orang tahu sila kongsi tau. Ilmu… Wallaahu a’lam

Anyways, bila syaitan semua dibelenggu maka terpaksalah sesetengah manusia assume duty syaitan yang dah terpenjara tu. Tak ada assumption of duty allowance atau acting allowance pun. Sukarela je… Paling hebat ialah mementingkan diri sendiri. Sebab? Sebab manusia jenis ni akan mempersetankan orang lain… Aharks…!

Tak boleh ke independent? Well… nak independent macam mana kalau dia sama ada terlalu amat sangat bodoh bangang, atau gila mereng sewel, atau cacat lumpuh seluruh anggota badan. Well… at least yang cacat lumpuh seluruh anggota badan masih boleh berfikir dan jadi genius macam Stephen Hawkings. Tapi kalau dua kategori yang pertama tu… Hmmm… Obviously memang insan acting syaitan ni tergolong spesis kedua-dua kategori yang pertama tu — sebab malas nak belajar tentang kerja-kerja staf dia maka dia jadi paranoid takut teramat bila staf dia semua nak bercuti untuk raya dan tinggalkan dia manage pejabat sorang diri. Takut terkucil terkincit tak boleh nak jawab bila bos dia bertanya apa-apa. Tak pun takut tak ada punching bag nak buat melampiaskan kebodohan dia sepanjang orang lain bercuti tu bila dia — seperti biasa — kena blender untuk buat tumisan sambal dek bos dia dan rakan-rakan sejawatan dia yang lain yang dah makin menyampah dengan dia, termasuk yang pernah jadi rakan kamceng dia sendiri… Baru kau orang semua sedar ke betapa mangkuk tandasnya itu perempuan…? Aiyooo… sama-sama mangkuk…

Ingat-ingatlah sikit pada neraka sebab walaupun umur bersara dah extended ke 58, umur untuk mampus tak ada tercatat dalam mana-mana borang dalam pejabat tu… Astaghfirullaahal ‘azhiim… Salah satu ujian kepada orang yang berpuasa… Aku dan para sahabatlah… bukan dia… Dia tak pernah tak merungut aje pasal puasa ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: