Masih RáMáDáN Weh…!

Dah 20 hari, bermakna dah masuk fasa terakhir Ramadan — fasa terlepas dari naar untuk masuk ke jannah. Masjid yang fully aircon kat rumah aku tu dah saban malam semakin sejuk sebab kepanasan yang datang dari haba tubuh para jemaah dah kurang. Bukan sebab jemaah dah kurang dosa. Tapi sebab bilangan jemaah tu itself dah kurang… aharks! Mana dia orang semua pergi ek…? May be jemputan iftar makin rancak kat hujung-hujung Ramadan ni kut? Entah…

Rasulullah SAW dah mula tak tidur time ni. Berjaga malam untuk bermunajat ke hadrat Ilahi. Aku? Tak larat. siang kena maki kena carut. Malam dah tak larat fizikal dan mental. Tangki pula penuh memanjang, tak kosong-kosong, maka lagilah bertambah ‘ketidaklaratannya’ (ada ke perkataan ni?).

Namun niat dan tekad mesti ada, kan? Kan? At least niat nak teruskan terawih dan witir. Dan ummul-kitab nak dikhatamkan. Faham tak faham lain topik, lain chapter. Janji terus solat dan tadarus. Sama ada Allah terima atau tak pun lain kisah lain hikayat. Setidak-tidaknya bersolat dan mengaji. Ada le juga kebarangkalian untuk dapat pahala. Berbanding yang langsung tak buat apa-apa selain maksiat, lepas tu nak mimpi dapat pahala? Apa kau sudah jadi buaya…?

2 Respons to “Masih RáMáDáN Weh…!”

  1. adakah faktor umur? gua pon yang umur menganjak remaja ni pon dah pandai tak larat tak larat g tarawih dan subuh jam 7.20 pagi

    • Rata-rata yang masih setia kat masjid tu ialah yang dah senja nak masuk Maghrib la bro. Dan salah sorang ahli jemaah tu ada satu perangai pelik semasa takbiratul ihram. Nanti senang-senang wa citer. Buat masa ni, sempena Ramadan ni, masih tak sampai hati dan tak gamak nak citer… Tengoklah lepas Ramadan nanti kalau umur panjang bila setan dah terlepas semula mungkin wa akan citer gak tentang perangai pelik dan juga hodoh gampang ahli jemaah yang sorang ni ketika takbiratul ihram… aharks…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: