Sehinggalah Hari Tu

Resolusi awal Ramadan hari tu untuk mengelak “iftar mewah” so far masih berjalan lancar. Sekali je hari tu iftar kat luar sebab nak bagi chance kat Putera dan Puteri tukar suasana sikit. Sikit je… Malas nak masak pun ya gak… Aharks… Maka berangkatlah kami ke AmCorp Mall kat PJ tu. Nasib baik hari tu bukan hari Ahad sebab setiap Ahad ada macam flea market atau carboot sale kat AmCorp Mall tu. Dan barang-barang yang dijual pada hari Ahad memang akan buat aku nak jadi kaya dan beli lower ground floor AmCorp Mall tu untuk aku sorang. Dan di AmCorp Mall tu kami hinggap kat resotran yang sama kami pernah iftar bertahun dulu. Masih teringat lagi kelazatan rasanya dulu. Harap-harapnya masih selazat dulu.

Namun… owhhh… kecewanya beta dan kami… Sudah tukar chef kut restoran ni? Tak lazat… Tapi tak apalah… Burrrppp… Syukur alhamdulillaah… Allah masih beri rezeki untuk iftar. Kalau dibuatnya kena macam Rohingya…? Dan Allah masih beri rezeki kasih sayang. Kalau dibuatnya kena macam keluarga yang bercerai-berai…? Teringat satu pesanan yang pernah diberi kepada sorang rakan pejabat suatu masa dulu — “Belajar terima pasangan seadanya. Kalau dia tak mahu berubah untuk kau, maka kau je la berubah untuk dia. Tu tanda ikhlas sayangkan dia dan rela ubah diri demi dia.”

“Tapi kalau dia tak mahu berubah tu tandanya tak ikhlas sayang ke?” tanya rakan tu kembali.

“Tak ikhlas sayang. Agaknya mungkin tak sayang langsung,” aku jawab dengan begitu angkuhnya sambil tergelak terkekek-kekek macam ikan…

Satu Respons to “Sehinggalah Hari Tu”

  1. […] k h á y á L DAH SENYUM HARI NI? MARI KITA BERKHAYAL. TAK SUKA BERKHAYAL? SENYUM SAJA PUN TAKPE « Sehinggalah Hari Tu […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: