Arkib untuk September, 2012

Bukan Untuk Sembunyi

Posted in Puisi, SíPúT on 10 September 2012 by Najwa Aiman


Beraya Kahwin

Posted in Famili, Sosial on 8 September 2012 by Najwa Aiman

Memang Azizy cukup suka buat muka bila bergambar… Ikut perangai saper ni weh…? Eh jap… jap… Tu macam cari nahas nak kena kutuk diri sendiri tu… Adusss…! Aharks…

Tahun ni tak ada Gong Xi Raya atau Deepa Raya. Tapi still ada kahwin raya. Pergi kenduri kahwin petang tadi kat masjid. Paginya sekolah Putera dan Puteri pun buat jamuan raya. Dua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Petang kenduri kahwin. Kira-kiranya sekali dengan open house raya tuan rumahlah tu. Tapi bebudak tak adapatlah angpau. Mak bapak budak dapat goodies.

Malamnya pula open house lagi kat Sunway. Tak larat dah nak snap gambar dan hantar ke Facebook. Sekadar check in kat Facebook je la. Banyak sangat majlis dan banyak sangat makan. Taklah sibuk sangat pun hari ni sebenarnya tapi sebab dah lama rasanya tak bersosial satu family together gather camni maka sometimes ada nostalgia yang mengembalikan keinsafan… Alhamdulillah

Nilai BBQ

Posted in Famili, Sosial on 8 September 2012 by Najwa Aiman

Apa hal wa nak citer pasal nilai BBQ pula… Wa nak citer pasal having BBQ at Nilai, Negeri Sembilan laaa… Aharks…! Errr… Tak lawak ek…? Sukati akulah… Dan ya… Adinda beta buat BBQ kat rumah dia pada 1 September 2012 hari tu. Adik beradik je… Ramai-ramai kalu nanti jadi kenduri pula. Dan ofkoz, siapa lagi yang akan jadi Chef? Yang paling lazat masakannya la ofkoz! Mender laaa… Permaisuri laaa…

Persediaan BBQ. Nak pasang alat BBQ. Nope… actually dapur BBQ tu satu tu je. Tapi mekanaiknya ramai. Tapi dalam ramai-ramai Adeli yang belum baligh tu je satu-satunya mekanik yang paling boleh pakai… Ekekekekeke… Cayalah Adeli!

Chef in action… dan Cook… Pun bakal ikut jejak langkah Ummi nampaknya…

Ni dia… calon-calon yang bakal landing dalam perut untuk diproses passportnya sebelum masuk ke jamban… Ni sebelum dimasak…

Dan ni calon-calon tersebut semasa dimasak. Tak payah cari gambar dia orang selepas dimasak. Tak sempat nak snap der… Selamat masuk gaung dah…

Yup… kami semua bermalam kat Nilai. Rumah baru Adinda. Luas! Dan Nilai BBQ memangberjaya buat aku keluar dari rutin makanan seharian. Aku memang belasah banyak giler malam tu beb! Sampai kena perli dengan Permaisuri weh! Adoi laaa…

And ofkoz… since masih Syawal, aktiviti raya waktu malam masih lagi sebahagian agenda. Tu Ayahanda dok supervise para cucu main bunga api…