Misi: VIP Treatment…Ehem…

Hospital ni mewah. Ya… hospital la ni… Bukan hotel. Baru. Tapi tak ramai pesakit. ER pun tak ramai. Macam tak kecemasan pun. Lokasi pun agak tersorok. Kalau waktu malam memang ada harapan ambulan menggagau mencari pintu masuk. Dan kerana tak ramai, aku suka…! Dapat VIP teatment. Bergantung pada doktor gak la. Ada gak doktor yang lebih elok bercakap dengan picagari daripada dengan manusia. Ada gak doktor yang ramah dan sweet.

Tapi sebab tak ramai pesakit, waktu malam kat sini sunyi sangat. Macam rumah mayat mewah le pulok… But then again, kita semua pun akan jadi mayat suatu hari nanti, kan? Kan? Bukan ke? Ke? Tapi kalau kau orang sakit ke, mengada-ngada ke, apa ke, datanglah ke sini. VIP treatment. Sementara orang tak ramai ni laaa… Kalau dah ramai orang, pesakit dan mayat nanti susah le sikit nak cerita kan?

Dan ubat ni. Prospan. Controlled medicine. Ekstrak daun ivy. Warnanya macam teh. Guess what…? Rasa pun macam teh. Tapi really strong beb. Malam makan ubat ni, sampai pagi esoknya masih high. Mujur aku ada Misi Suri yang tolong rawat pagi petang siang malam… Eh… Jap… siang takde. Dia syif malam je… Mmmm… Maceh Misi Suri… Jasamu amat dikenang… Nak sakit lagilah camni… Lambat sembuh pun tak apa. Boleh lama-lama sikit manja… aharks…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: