Again… Sekadar Luahan

Sekali lagi kali ni tapi this time insyaAllah it’s going to be forever. Tapi tak macam sebelum ni, kali ni berat sikit. Berat sebab walaupun tempoh di sini jauh lebih sekejap, tapi sarat dan sendat dengan bermacam-macam peristiwa yang bukan semuanya boleh didedahkan macam pekung bercorak pelangi berbentuk peta Afrika. Tak boleh… Tak boleh… Tak boleh…

Romeo Finance… Yup… sepatutnya memang elok dikandangkan dalam sangkar macam ni je…

Aku amat risau bila terpaksa jauh daripada Romeo Finance tu… Topengnya sungguh canggih dan amat meyakinkan. Bermalaikat di muka tapi… Hmmm… Andai Sang Iblis bukan daripada api, nescaya ia membeku menjadi salji berhadapan dengan Romeo Finance ni… isy isy isy… Dan Romeo Finance ini amat berbahaya! Tahu dah bini orang, mak orang, tapi masih dok insist ajak pergi dinner berdua gak… Masih tak jelas lagi nyata ke? Masih lagi…? Adoooiii laaaaa… Dinner kat mana tu? Chillis…? Agak sukar nak deal dengan orang yang berpangkat besar, dah beranak bini tapi menyetan macam ni… Adusss…

Tapi aku tahu aku akan terpaksa terus melalui detik-detik ‘silence’ ni… Lagi jauh maka lebih bimbang dan khuatir. Dan detik-detik ‘silence’ macam ni akan buat aku jadi tambah tak keruan. Seandainya aku jadi gila kerananya, maka biarlah aku mati dalam keadaan sedemikian dan tergolong dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab. Aku lebih rela demikian. Dan nope… I never enjoyed this silence moments. Sungguh amat menyeksakan. Kalau dah seksa nak enjoy mendernye…???

Tapi sahabat aku pernah beri nasihat ni bertahun dulu… Dan aku pegang… Aku genggam… Tapi wahai sahabatku yang dikasihi… Aku hanya manusia biasa… Sampai bilakah dapat bertahan dalam keadaan aku sebegini…? Tuhan berikan ku kekuatan… Sangat perlu kekuatan ni sebab tanpa dapat melihat dan mendengar lama kelamaan akan buat kita buta dan tuli lantas kita akan lupa… Melupakan tak mudah. Tapi dilupakan sangat azab…

Kepingin benar nak sampai ke mari… Belum pernah seusia hidup menjejakkan kaki. Moga tertunai sebelum mati…

Sabar ini kerana kasih dan sayang. Kerana ada cita-cita untuk ke tempat tu suatu hari nanti. Bukan sekadar sebagai pelancong yang singgah menunaikan perintah Tuhan okey…

Dan peristiwa sosial yang sebegini… Ada lagi ke? Tak hairan pun dengan event. Tapi amat bererti dengan makna bila menerima yang tak disangka-sangka sama ada dengan niat atau tak. Niat nak beri le…

Tandoori Ali Maju

Dan ofkoz… kat mana nak cari ni lagi erk…? Tapi tak boleh dah. Aku dah tua weh… Kena jaga makan minum. Ada orang tolong jaga tak apa… Setiap masa le dijaga kalau boleh. Nak harap aku sendiri jaga, aku tibai apa yang sempat je… Mati pun mana-mana sempat dan bebila sempat je, tak gitu? Ada orang kisah ke…?

4 Respons to “Again… Sekadar Luahan”

  1. sumpah x paham bro. hehehehe…

    • Part mana yang tak paham tu bro? Semua ke…? Atau part Romeo Finance? romeo Finance jeerung besar. Romeo HR a.k.a MatChoc pun ada gak, tapi belum jadi jerung, but still dangerous! Aharks…

  2. romeo finance tu, xtau la pulak sapa. hahaha… romeo HR, kenal kot. dia bawak Innova… bangbus katanya. hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: