Rahsia Tu…

Terbaca ni dalam Harian Metro—

Kuala Lumpur: “Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” kata pelakon Fauzi Nawawi mengenai kenyataan Rita Rudaini terhadapnya.

Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama terbaru, Kerana Sarah arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Fauzi berkata, dia bersikap profesional berdepan situasi itu dan menghormati permintaan Rita kepada pihak produksi yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.

“Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Sebagai pelakon dan suami, dia berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku antara Rita dengan isterinya.

Apalah agaknya masalah dia orang tu ya…? Tujuh tahun dah tu… Rahsia ke? Anyways… pernah bergaduh dengan sahabat dulu. Lama dulu. Lama gak tak bertegur sapa. Dalam 27 minit gitu tak bertegur sapa. Tu rekod pergaduan paling lama dengan dia. Semuanya berpunca daripada… errr… Tak boleh cerita… Rahsia!

Tapi apa-apa hal pun, Rita Rudaini memang cun! Ohhh… Tapi sekarang attention lebih fokus kat Anzalna pula… Hmmm… Anzalna okey… Jangan salah eja! Jangan salah sebut! Awek aku tu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: