Wise…

Tok nenek kata kalau hidung tak mancung, janganlah pipi tersorong-sorong. Harga dan maruah diri jadi taruhan dan mungkin tergadai nanti. Aku pun dah bagai ayam diasak malam. Ini pun bukan lagi bak buah kepayang yang pahit nak ditelan tapi sayang nak diluah. Sebenarnya pun selama ni siar bakar berpuntung suluh. Aku yang pejam mata tak mahu lihat apinya. Ke mana tumpah hujan dari bumbungan, kalau tidak ke cucuran atap.

Dan setiap sesuatu tu sudah tertulis. Andai ada, takkan ke mana. Kalau tak ada, takkan jadi nyata biar mati sebab sedaya upaya berusaha sampai menggadai nyawa. Bukanlah langsung tak berguna tapi setidak-tidaknya taklah mati dalam kesal sesal tertanya-tanya. Ke mana gunung disesar, hilang kabus tampaklah juga.

Sudah sampai sini. Masanya telah tiba. Berundur tak bermakna perasaan terkubur sebagaimana harapan punah bak serpih kaca yang berderai ke lantai. Selagi bernyawa insyaAllah demi Tuhan ia tetap di situ, jauh di sudut hati. Dan setiap perbuatan selagi bernyawa dan selagi mata belum terpejam akan didorong oleh kasih sayang itu. Tidak akan sanggup dan tergamak melihat orang-orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati yang ikhlas dan murni melarat dan tak sempurna hidupnya. Maka demi Tuhan kehidupan mereka akan tetap disempurnakan walau diri dibuang ibarat… ibarat… ibarat apa sajalah…

InsyaAllah… bahagia akan menjelma jua untuknya…

Andainya Permaisuri masih bertakhta… Dan singgahsana sudah lengkap bertatah permata yang dihimbau berbunyi, dilihat bersua, tapi masih orang tak percaya.

2 Respons to “Wise…”

  1. Macam kena aje ngan gua post ni bro.

    • Tak sengaja tu… Memang niat asal tak ada kena mengena dengan sesiapa sahaja yang masih hidup ataupun yang masih mati selain daripada gua sendiri… dan juga Sang Siput Comey… ekekekekekeke…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: