Pantai Emas Morib

Spending time dengan ahlil baiti Ahad sampai Isnin hari tu sebab cuti Thaipusam. Gold Coast… Morib je… Bukan Australia. Banyaklah duit aku nak bawa pergi Gold Coast Australia… Eheks…!

On the way pergi, singgah R&R Dengkil untuk breakfast. Hmmm… Azizy suka erk… Teruja erk… Kenapa gigi depan ikut style Ayahanda…? Wawa kenapa serius sangat ni?

As usual, Haziq memang tak boleh duduk diam. Tu sebenarnya tengah dok berlari ulang-alik dari kaunter reception ke pintu berulang-ulang… Kami sampai awal sangat. Jam 11:00 AM. Waktu check in yang dibenarkan jam 3:00 PM. Pastu jam 3:00 PM bila nak masuk bilik, bilik belum siap kemas lagi… Aduhai… Perut Putera Puteri aku dah lapar ni weh! Hmmm…

Dan patung ni sambut aku dengan ciuman di pipi.. Dan nope! Sorry erk… Aku bukan gay woi!

Siang tadi main air sakan macam tak pernah mandi… Sekarang time orang lain dinner Haziq terlelap sambil duduk… Berat nak dukung tu… Perut baru lepas isi pula tu… Adoi laaa…

Apa tu…? Ada disko erk…? Ehem! “Errr… Duhai Permaisuri, malam ni kanda nak pergi mancing dengan kengkawan. Dinda tak boleh ikut tau. Laut kat sini banyak hantu air jantan yang suka orang perempuan tau!” Uhuk…! Huhuhuhuhu…

Ooo… The Pier Gold Coast. Ada live band. Atas laut. Dan tempat dining agak… Mmmm… romantis… Tapi… Bucuk laaa… Bau apa ni? Macam bau taik je. Bau laut ke? Adoi laaa… Tak stim. Tak stim. Errr… tu di kejauhan macam paha je tu.. Mmmm…

Semalam dok fikir nak ke laut. Tapi sebab malam tadi kat The Pier terbau lautnya gitu, maka tengok dari jauh je laaa… Patutlah tak ada orang celup badan dalam laut kat sini… Isy isy isy…

Maka sebab tu eloklah menghabiskan masa kat pool aje. Bukan yang ni. Ni untuk bebudak dan yang belum baligh bolehlah. Pool satu lagi. Taklah dalam sangat tapi memang untuk dewasa laaa… Ada ramai amoy pakai bikini…

Ala-ala vintage. Tapi bukan real. Tak. Aku tak naik pun. Ambil gambar je. Nak ke mana sangat pun kat sini.

So macam mana percutian ni? Well… considering aku berendam dalam swimming pool taman temanya on average tiga jam setiap satu session bagi dua session, dan kehangusan warna kulit aku yang memang dah rentung ni, maka bolehlah dikatakan sangat-sangat penat.

Tempat makan? Aduhai jauhnya tempat ni dari tamadun orang-orang marhain seperti aku kalau nak makanan yang di dalam kemampuan. Satu hal pula nak keluar pergi cari makan kalau kat sini. Nak makan kat hotel tu? Lebih baik aku pergi Gold Coast Australia. Tapi I give this – makanan kat restoran tepi laut open air berbumbung hotel tu nama The Venue agak boleh tahan. Sedap gak.

Dan kenapa dipanggil Gold Coast? Weh!!! Tu kena tanya whoever taukeh yang buat tempat ni laaa… Walaupun pantainya bau taik… But then again, probably they don’t call it Gold Coast for nothing. Pantai Emas. Sebab selain emas, ada benda lain gak yang tak sekeras emas tapi lembik-lembik dan berwarna ala-ala kuning-kuning gak… Adakah…?

Adakah aku happy dalam percutian ni? Not really. Kalau happy rasa-rasanya entry aku ni lain sikit bunyinya kut…? Erk…? Will I come here again? Hmmm… Hmmm… Thinking ni… Hmmm… Still thinking… Hmmm… Hmmm…

2 Respons to “Pantai Emas Morib”

  1. gold coast ni dekat dengan krematorium la.. pastu kat area batu laut najis babi masuk ke laut ikut sungai, bukan satu sungai tapi ada dalam 4-5 sungai…

    and dah dekat dengan ladang gadong sangat tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: