Arkib untuk Februari, 2013

Jangan Putus Asa Dengan Cinta

Posted in Puisi, SíPúT, Uncategorized on 25 Februari 2013 by Najwa Aiman


Atas Nama Kesalahanku… Sebelum Aku Kau Aibkan…

Posted in Islam on 24 Februari 2013 by Najwa Aiman

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji hamba-hambaNya. Sejauh manakah ya Allah hendak Kau uji diri ini? Aku tahu bahawa Kau takkan menguji diriku di luar apa yang mampu aku tanggung. Tapi kenapakah ujianMu ini seakan tak mampu lagi aku tempuhi?

Aku tahu ya Allah bahawa antara ujianMu ialah dengan membuka jalan maksiat sebegitu luas di hadapanku. Sungguh hatiku amat berat hendak menyusur jalan itu. Namun desakan hidup yang sebegini azab dan sengsara membuatku tidak punya pilihan. Sungguh aku tahu tatkala kakiku mula melangkah menyusur jalan itu, maka tertutuplah sudah pintu redhoMu kerana katika itu aku telah kecundang dengan ujianMu. Aku gagal mempertahankan sabar atas alasan desakan hidup, sedangkan aku tahu dengan sebenar-benarnya bahawa kehidupan ini adalah ketentuanMu jua. Ampunilah aku ya Allah kerana aku gagal menagih kasihMu seterusnya.

Tunjukkanlah jalan yang sebenar bagiku. Tunjukkanlah pilihan yang telah Kau halalkan bagiku. Bukakanlah hatiku untuk menerima jalan halalMu, dan perkukuhkanlah sabarku agar tegar menolak jalan yang telah Kau haramkan. Sungguh Kau uji aku dengan pilihan yang amat berat. Atau adakah ini bukan ujianMu, malah balasanMu atas dosa-dosaku alpa mengingatiMu…? Lantaran itu aku merasakan tidak lagi tertahan menanggung semua ini?

Dan sungguh, ya Allah, telah Kau tunjukkan kepadaku jalan yang halal yang Kau redhoi buat aku keluar dari kesempitan dan kesengsaraan ini. Namun adakah hatiku amat buta dan telingaku amat tuli lantaran kekerasan hatiku untuk menerima hakikat bahawa Kau sebenarnya telah menunjukkan kepadaku jalan keluar yang halal dan yang Kau redhoi itu? Sedemikian kerap aku lupa padaMu. Sedemikian kerap aku tinggalkan solatku. Sedemikian kerap aku derhakaiMu dalam tidur dan jaga. Lantas adakah kesengsaraan hidup yang aku lalui selama ini masih lagi ujian daripadaMu, atau adakah ini balasanMu atas kebejatanku selama ini? Atas kelalaianku mengingati dan menyembahMu selayaknya sebagai Yang Maha Esa? Dan atas nama kesalahanku ini yang masih aku terus-terusan menafikan jalan halal yang telah Kau tunjukkan, dan terus-terusan memilih jalan yang kau haramkan untuk melepaskan diriku dari kesempitan hidupku?

Ya Allah…! Adakah Kau akan menimpakan ke atasku kesengsaraan yang lebih azab daripada apa yang Kau timpakan selama ini hingga mencemar nama baik dan maruahku nanti? Denagn keaiban yang disaksikan sahabat, taulan, keluarga, ibu bapa malah anak-anakku sendiri nanti? Demi untuk menyedarkan aku dengan sekeras-kerasnya atas sebab aku menolak jalan keluar yang telah Kau tunjukkan…? Semoga Kau ampuni daku ya Allah… Ampunilah daku ya Allah… Ampunilah daku ya Allah… dan berikanlah aku kekuatan untuk menyusur jalan yang Kau redhoi sebelum Kau timpakan aku pengajaran yang lebih azab dan mengaibkan ke atasku nanti…

Penghinaan

Posted in Bebel, Feminin, Maskulin, Puisi, SíPúT on 24 Februari 2013 by Najwa Aiman


Teringat satu dialog daripada satu movie yang pernah tonton suatu ketika dulu—

“When it comes to women, men are never too old to be humiliated in life…”

Betul ke lelaki mudah jatuh cinta? Pendapat aku yang juga lelaki ni (tak percaya meh sini tengok! Cet…), lelaki susah jatuh cinta, tapi mudah tewas dengan nafsu. Yang tu betul. Kau orang tak setuju? Peduli haper aku… ekekekeke… aiyaaarrrkkksss…!

Anyways, yang aku tahu, sebagai lelaki (masih tak percaya? Nak try aku bagi orang ngandung?), bila lelaki benar-benar jatuh cinta dengan seikhlas-ikhlasnya, maka ketika tu dia sanggup korbankan apa saja termasuk nyawa sendiri. Yang tu aku tahu. Tapi kat sini memang ada satu masalah — lelaki tu akan jadi teramat-amat lemah dengan orang yang dicintainya tu. Segagah mana pun dia, sehebat mana pun diri, sekental mana pun semangat, setegap mana pun tubuh, bila berdepan dengan hal-hal yang berkaitan dengan wanita yang dicintainya teramat tu, maka ketika itulah saat yang paling lemah bagi lelaki tu. Sangat-sangat lemah. Dan kelemahan tu kerapnya menjadikan lelaki tu bodoh juga…

Tapi itulah lumrah, kan…? Tak boleh berfikir, tak boleh bekerja, tak boleh buat apa-apa pun bila dilanda kesedihan yang berkaitan dengan cinta hatinya. Lelaki jadi bayi yang amat lemah dan tak berdaya, tak berupaya bila berkaitan hal wanita yang dicintainya. Lelaki teramat mengharap belai, manja dan perhatian daripada wanita yang amat dicintainya. Lelaki akan jadi bingung dan tak tentu arah bila memikirkan bahawa dia tak dipedulikan oleh orang yang amat disayanginya. Dan lelaki boleh mati kerana tu. Bodoh kan…? Yang takkan terkesan dengan semua implikasi ni hanya bila tiadanya elemen cinta ikhlas. Ada backup. Atau sekadar backup. Malah sekadar for fun. Yang ni bukan lelaki bodoh… hehehehehe…

Dan itulah sebenarnya senjata wanita yang paling berkesan ke atas lelaki. Sesetengah mereka amat bijak menggunakannya. Dan sesungguhnya lelaki amat malas belajar daripada pengajaran yang satu ini. Dan inilah penghinaan terbesar bagi kaum lelaki seluruh dunia. Malangnya lelaki… aharks!

Bukan Melayu

Posted in Sosial on 18 Februari 2013 by Najwa Aiman

Pada ketika ni dam dam dum bunyi mercun kat luar tu. Chap Goh Mei ke? Sekarang ni ek? CGM ni perayaan mencari jodoh kan? Lebih kurang begitu le yang aku dengar. Entah… Nanti nak tanya Jason.

Anyways, orang kata mercun dan Tahun Baru Cina termasuk Chap Goh Mei ni memang sesuatu yang selari. Maknanya mesti ada mercun. Betul ke? Biasanya begitulah kan setiap tahun? Kecuali of course, negara aman damai dan tenteram yang tiada ketakutan seperti Singapura.

Dan bersempena Tahun Ular ni (ular ni suka membelit… aku geliiiii siot…!)—

Seminggu sudah Tahun Baru Cina
namun tiada pula di media
sesiapa pun antara mereka
yang menangis dan berduka
sebab hilang jari tangan dan nyawa

Errr… hari tu aku baling limau dalam tasik dekat rumah ni. Sambil nawaitu nak jodoh macam (tapi kalau boleh bukan sekadar macam tapi memang) dia ni… aiyaaarrrkkksss…!!!—

“Orang Sabar Masuk Syurga,” Bisik Ilham…

Posted in SíPúT on 13 Februari 2013 by Najwa Aiman

Sifat insan berkehendak. Ada hasrat. Ada impian. Tapi untuk mencapainya tak selalu mudah. Tak semestinya dapat.

Dan insan disuruh bersabar. Bersabar dalam mengatur langkah mencapai hasrat. Sabar dalam menempuh rintangan dan kesakitan yang teramat menuju impian. Dan kesabaran yang paling mendesak — bila menyedari betapa harga diri digadai tatkala diri dilayan bak sampah berpalit najis. Dan kesabaran yang paling agung — bersabar kerana tidak tahu sama ada akan tercapai atau tidak impian itu.

Tapi bilakah sebenarnya insan harus berhenti mengejar hasrat dan impian? Perlukah menanggung kesakitan yang teramat sangat berkali-kali? Perlukah sejarah dilayan dan dihumban ibarat sampah berpalit najis diulangi untuk ditempuhi lagi? Masihkah bernilai harga diri dengan berbekal sabar? Dan benarkah kesabaran bisa berubah menjadi kebodohan…?

Yang pasti sabar itu tuntutan Tuhan, maka pastilah Tuhan akan memberi ganjarannya. Dan kerana ganjaran itu daripada Tuhan, pastilah ia dikurniakan di dunia atau pun di akhirat kelak. Walau apa pun natijah dari menempuh penghinaan dan layanan yang amat keji ini daripada insan yang amat disanjung dan dikasihi, demi sesungguhnya “sabar itu indah”

Ujian

Posted in Puisi, SíPúT on 12 Februari 2013 by Najwa Aiman


Realiti

Posted in SíPúT on 4 Februari 2013 by Najwa Aiman

Demosthenes said—

A man is his own easiest dupe, for what he wishes to be true he generally believes to be true.

So, is wishful thinking foolish? Be it as it may, one controls one’s own mind. But being foolish naturally is not always and most certainly not rewarding.

Capt. Jean Luc Picard said—

Wishing for something does not make it so.

But what then is a life without a wish? A fool indeed is he who denies the reality. As Elizabeth I put it—

A fool too late bewares when all the peril is past.

Reality sucks. Life sucks. But a beloved friend once reminded me that there will be rainbows after a tremendous storm… Pelangi yang muncul selepas ribut… Masihkah kelihatan walau di waktu malam yang gelap gelita?

Sungguh kehidupan ini seperti malam yang berpanjangan sampai ke mati…