“Orang Sabar Masuk Syurga,” Bisik Ilham…

Sifat insan berkehendak. Ada hasrat. Ada impian. Tapi untuk mencapainya tak selalu mudah. Tak semestinya dapat.

Dan insan disuruh bersabar. Bersabar dalam mengatur langkah mencapai hasrat. Sabar dalam menempuh rintangan dan kesakitan yang teramat menuju impian. Dan kesabaran yang paling mendesak — bila menyedari betapa harga diri digadai tatkala diri dilayan bak sampah berpalit najis. Dan kesabaran yang paling agung — bersabar kerana tidak tahu sama ada akan tercapai atau tidak impian itu.

Tapi bilakah sebenarnya insan harus berhenti mengejar hasrat dan impian? Perlukah menanggung kesakitan yang teramat sangat berkali-kali? Perlukah sejarah dilayan dan dihumban ibarat sampah berpalit najis diulangi untuk ditempuhi lagi? Masihkah bernilai harga diri dengan berbekal sabar? Dan benarkah kesabaran bisa berubah menjadi kebodohan…?

Yang pasti sabar itu tuntutan Tuhan, maka pastilah Tuhan akan memberi ganjarannya. Dan kerana ganjaran itu daripada Tuhan, pastilah ia dikurniakan di dunia atau pun di akhirat kelak. Walau apa pun natijah dari menempuh penghinaan dan layanan yang amat keji ini daripada insan yang amat disanjung dan dikasihi, demi sesungguhnya “sabar itu indah”

4 Respons to ““Orang Sabar Masuk Syurga,” Bisik Ilham…”

  1. sabar.. sabar..
    ganjarannya tetap ada..
    cuma cepat atau lambat…
    cuma kecil atau besar…

  2. sabar memang susah, lagi lagi yang tersepit terpeleot macam gua ni..

    ikutkan napsu nak senang, haihhh

    tuhan tu ade la dia nak bagi kat kita

    ***tapi gua kenkadang semayang pon miss… aiseh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: