Atas Nama Kesalahanku… Sebelum Aku Kau Aibkan…

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menguji hamba-hambaNya. Sejauh manakah ya Allah hendak Kau uji diri ini? Aku tahu bahawa Kau takkan menguji diriku di luar apa yang mampu aku tanggung. Tapi kenapakah ujianMu ini seakan tak mampu lagi aku tempuhi?

Aku tahu ya Allah bahawa antara ujianMu ialah dengan membuka jalan maksiat sebegitu luas di hadapanku. Sungguh hatiku amat berat hendak menyusur jalan itu. Namun desakan hidup yang sebegini azab dan sengsara membuatku tidak punya pilihan. Sungguh aku tahu tatkala kakiku mula melangkah menyusur jalan itu, maka tertutuplah sudah pintu redhoMu kerana katika itu aku telah kecundang dengan ujianMu. Aku gagal mempertahankan sabar atas alasan desakan hidup, sedangkan aku tahu dengan sebenar-benarnya bahawa kehidupan ini adalah ketentuanMu jua. Ampunilah aku ya Allah kerana aku gagal menagih kasihMu seterusnya.

Tunjukkanlah jalan yang sebenar bagiku. Tunjukkanlah pilihan yang telah Kau halalkan bagiku. Bukakanlah hatiku untuk menerima jalan halalMu, dan perkukuhkanlah sabarku agar tegar menolak jalan yang telah Kau haramkan. Sungguh Kau uji aku dengan pilihan yang amat berat. Atau adakah ini bukan ujianMu, malah balasanMu atas dosa-dosaku alpa mengingatiMu…? Lantaran itu aku merasakan tidak lagi tertahan menanggung semua ini?

Dan sungguh, ya Allah, telah Kau tunjukkan kepadaku jalan yang halal yang Kau redhoi buat aku keluar dari kesempitan dan kesengsaraan ini. Namun adakah hatiku amat buta dan telingaku amat tuli lantaran kekerasan hatiku untuk menerima hakikat bahawa Kau sebenarnya telah menunjukkan kepadaku jalan keluar yang halal dan yang Kau redhoi itu? Sedemikian kerap aku lupa padaMu. Sedemikian kerap aku tinggalkan solatku. Sedemikian kerap aku derhakaiMu dalam tidur dan jaga. Lantas adakah kesengsaraan hidup yang aku lalui selama ini masih lagi ujian daripadaMu, atau adakah ini balasanMu atas kebejatanku selama ini? Atas kelalaianku mengingati dan menyembahMu selayaknya sebagai Yang Maha Esa? Dan atas nama kesalahanku ini yang masih aku terus-terusan menafikan jalan halal yang telah Kau tunjukkan, dan terus-terusan memilih jalan yang kau haramkan untuk melepaskan diriku dari kesempitan hidupku?

Ya Allah…! Adakah Kau akan menimpakan ke atasku kesengsaraan yang lebih azab daripada apa yang Kau timpakan selama ini hingga mencemar nama baik dan maruahku nanti? Denagn keaiban yang disaksikan sahabat, taulan, keluarga, ibu bapa malah anak-anakku sendiri nanti? Demi untuk menyedarkan aku dengan sekeras-kerasnya atas sebab aku menolak jalan keluar yang telah Kau tunjukkan…? Semoga Kau ampuni daku ya Allah… Ampunilah daku ya Allah… Ampunilah daku ya Allah… dan berikanlah aku kekuatan untuk menyusur jalan yang Kau redhoi sebelum Kau timpakan aku pengajaran yang lebih azab dan mengaibkan ke atasku nanti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: