Penghinaan


Teringat satu dialog daripada satu movie yang pernah tonton suatu ketika dulu—

“When it comes to women, men are never too old to be humiliated in life…”

Betul ke lelaki mudah jatuh cinta? Pendapat aku yang juga lelaki ni (tak percaya meh sini tengok! Cet…), lelaki susah jatuh cinta, tapi mudah tewas dengan nafsu. Yang tu betul. Kau orang tak setuju? Peduli haper aku… ekekekeke… aiyaaarrrkkksss…!

Anyways, yang aku tahu, sebagai lelaki (masih tak percaya? Nak try aku bagi orang ngandung?), bila lelaki benar-benar jatuh cinta dengan seikhlas-ikhlasnya, maka ketika tu dia sanggup korbankan apa saja termasuk nyawa sendiri. Yang tu aku tahu. Tapi kat sini memang ada satu masalah — lelaki tu akan jadi teramat-amat lemah dengan orang yang dicintainya tu. Segagah mana pun dia, sehebat mana pun diri, sekental mana pun semangat, setegap mana pun tubuh, bila berdepan dengan hal-hal yang berkaitan dengan wanita yang dicintainya teramat tu, maka ketika itulah saat yang paling lemah bagi lelaki tu. Sangat-sangat lemah. Dan kelemahan tu kerapnya menjadikan lelaki tu bodoh juga…

Tapi itulah lumrah, kan…? Tak boleh berfikir, tak boleh bekerja, tak boleh buat apa-apa pun bila dilanda kesedihan yang berkaitan dengan cinta hatinya. Lelaki jadi bayi yang amat lemah dan tak berdaya, tak berupaya bila berkaitan hal wanita yang dicintainya. Lelaki teramat mengharap belai, manja dan perhatian daripada wanita yang amat dicintainya. Lelaki akan jadi bingung dan tak tentu arah bila memikirkan bahawa dia tak dipedulikan oleh orang yang amat disayanginya. Dan lelaki boleh mati kerana tu. Bodoh kan…? Yang takkan terkesan dengan semua implikasi ni hanya bila tiadanya elemen cinta ikhlas. Ada backup. Atau sekadar backup. Malah sekadar for fun. Yang ni bukan lelaki bodoh… hehehehehe…

Dan itulah sebenarnya senjata wanita yang paling berkesan ke atas lelaki. Sesetengah mereka amat bijak menggunakannya. Dan sesungguhnya lelaki amat malas belajar daripada pengajaran yang satu ini. Dan inilah penghinaan terbesar bagi kaum lelaki seluruh dunia. Malangnya lelaki… aharks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: