Langkawi… Bukan Kali Ni Je…

Yep… Pergi Langkawi hari tu, dan nope… bukan bercuti. Bekerjalah. Dan setelah dua tahun, akhirnya aku dapat rasa semula seronoknya bekerja… damn…! Alhamdulillah… Rupa-rupanya Tuhan nak tunjuk sesuatu. Adoi laaa… Ampuni daku ya Allah…

Anyways, kena tulis macam biasa nanti orang kata aku masuk parti Pas pula walaupun aku memang bukan ahli mana-mana parti politik mahupun parti Tupperware. Tapi kalau party maksiat tu aku jadi ahli associate la ek… Aiyaaarrrkkksss…

Sebenarnya mana perginya anak watan Langkawi ni semua erk? Aku duduk kat Bay View. Dan ofkoz, sebagai aku, maka kompem aku mesti akan interview sorang dua staf hotel tu bila ada peluang. Macam biasa le. Dan staf ni kata dia dari Penang. Datang kerja je kat Langkawi. Yang sorang lagi tu dari Perak. So, anak Langkawi pergi mana erk? Tanah besar dan kerja kat sana ke? Mungkinlah kut… Dan aku ni pula yang bukan anak watan Langkawi ni buat apa kat Langkawi ni? Kerja juga kan…? Aharks!

Ni sebahagian daripada premis Bonton. Romantik gak petang-petang kat sini. Kalau malam… Hmmm… Mesti banyak nyamuk sebab belakang aku ni paya….

Dua hari kat Langkawi dan aku asyik teringat KL. Adoi laaa… Wishing… wishing… wishing… But wishing for something does not make it so. Sedih banget… Walaupun minum petang kat tempat yang boleh tahan mahalnya ni. Bonton namanya. Nasib baik huruf “N” dan “T” duduk jauh atas keyboard ni so kalau typo pun tak adalah jadi macam perkataan “tahu” yang “U” dan “I” atas keyboard ni duduk sebelah menyebelah… Anyways, Bonton ni hotel yang ‘bilik-biliknya’ ialah rumah kampung. Nak duduk sini? Lebih kurang RM1,000 satu malam. Yes, rumah kampung.

Dan waktu balik ke KL memang aku amat gembira dan bahagia. Rasa teruja tak sabar. Coklat bertan-tan yang buat bahu aku senget ni pun tak rasa beban dah. Teruja sangat! Harapnya dia orang gembira dapat coklat. Dah tu aku nak beli apa lagi kat dia orang dari Langkawi ni? Rokok?

Tapi aku tahu bukan kali ni je kerja aku di Langkawi. Aku terpaksa kembali lagi ke sini nanti… Errr… Nanti aku dapat duduk Bay View lagi ke? Jeng jeng jeng… Staf yang aku interview tu masih kerja situ lagi tak agaknya nanti? Uhuk…

Perjalanan balik ke KL diselubungi awan memanjang. Tapi aku still teruja. Tak cukup laju ke peasawat ni? Cepatlah!

2 Respons to “Langkawi… Bukan Kali Ni Je…”

  1. bang apa kata lantik gua jadi lu punya P.A?..

    bab temuduga awek awek tu bia gua pikul sebab nampak macam bebanan je kat lu..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: