Yang Mana Satu…?


Pernah ditanya soalan ni oleh seorang sahabat dulu. Dan masih ingat respon yang aku beri.

“Kau serius ke?” aku tanya romeo tu. Terkejut gak sikit aku dibuatnya sebab ni pertama kali dia serius nak memilih.

“Ya, aku nak buat isteri,” dia jawab.

“Apa masalahnya? Ambillah dua-dua.”

“Satu cukuplah!” dia jawab sambil gelak. Tak tahu gelak kenapa. “Tapi tak tahu yang mana satu. Dua-dua aku sayang. Dua-dua sayangkan aku juga.”

Buntu juga aku sekejap. Macam mana? De javu right…? Antara jururawat yang tak pernah jemu bertanya khabar dan kesihatan serta nasihat yang baik-baik belaka setiap hari; setiausaha bos besar yang sentiasa memberi senyum dan sapaan setiap pagi dan petang dan kadang-kadang waktu antara keduanya di samping bertanya khabar diri termasuk putera dan puteri melalui telefon mahupun in person; dan Sang Siput yang, berbeza daripada yang dua-dua tadi, setiap saat berusaha untuk menjarakkan dirinya dan membuang jauh sejauh-jauhnya aku daripada dia, apatah lagi nak menyapa dan bertanya khabar. Maka yang mana satu…?

Aku ingat apa yang aku jawab pada sahabat aku dulu—

“Jangan pilih mana yang lebih baik antara dia orang. Tapi pilih antara dia orang siapa yang akan buat kau dan hidup kau lebih baik.”

2 Respons to “Yang Mana Satu…?”

  1. wanita keje best gaji besor tapi perangai macam mak tiri pon susah jugak

    wanita selamba dan rela susah senang…

    oh anzalna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: