Arkib untuk April, 2013

Puteri Siang dan Malam

Posted in Puisi, SíPúT on 11 April 2013 by Najwa Aiman


Masihkah Seperti Dulu…?

Posted in Puisi, SíPúT on 10 April 2013 by Najwa Aiman


KUL-BKI-SDK-KUL

Posted in Budaya, Etnik, SíPúT, Sosial on 7 April 2013 by Najwa Aiman

Dan akhirnya aku dapat membawa diri ke Malaysia Timur. 3 haribulan hari tu aku ke Kota Kinabalu bah…

Errr… yup… pesawat baru lepas melepasi Semenanjung Malaysia. Dan yes, di bawah tu Laut Cina Selatan yang luas tu. Dan yes… Aku dah seram sejuk!!! Duhai sahabat! Demi Tuhan aku sangat berharap kau sebenarnya sekarang di sisi aku untuk beri aku keberanian dan kekuatan!

Tiba kat KK dah malam. Check in kat hotel yang buat tetiba rasa rindu teramat kat KL. Sungguh KK masih nampak meriah dan cantik malam-malam. Errr… Memang genit-genit awex Sabah bah!

Jam 5:30 AM aku bangun dari tidur. Mandi, solat Subuh. Tengok jam dah 6:00 AM (ya… aku mandi tak lama. Ingat aku mandi wajib ke?) Sebab dah lengkap berpakaian dan tak telanjang aku pun bukalah tirai jendela hotel. Mak ai…!!! Betul ke jam 6:00 pagi nih??? Alamak…! Lupa bah! Aku di tempat yang waktunya lebih kurang sejam awal! Habis… Subuh aku tadi tu dikira apa…?

Dan dari BKI (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) aku naik MASwings). Pramugari Roseanne ni memang menepati cita rasa – kecik molek. Macam Nora Danish pun ada… Aduhai Sabah… Tapi kenapa pramugari MASwings ni lebih lawa-lawa mengancam daripada yang MAS punya erk…? Oh ya… flight aku ke Sandakan ni delay 3 jam! Apa daaa…

Dan aku tiba juga ke SDK (Lapangan Terbang Sandakan). Dah tengah hari, so pergi lunch dulu. Check in kat hotel untuk freshen up. Dan ya, kutahu sudah orang-orang Sandakan adalah orang yang paling bersih dalam Malaysia! Kedai makannya sangat bersih! Dan orang-orang Sandakan… well… orang Semenanjung macam aku susah nak bezakan puak dan suku dia orang ni sebab ada banyak puak dan suku kat sini. Yang nampak ganas tu dia orang kata orang Suluk (Sulu le tu). Sampai yang pandu kereta ala orang KL (sebab potong queue) dia orang akan cakap “Haaa… Tu Suluk tuh bah!” Aharks…

Sangat cantik tempat aku tinggal ni. Tu Pasar Umum Sandakan. Tepi laut. Nelayan bawa naik tangkapan kat jeti tu terus jual kat pasar tu juga seawal 3:00 pagi. Ketam sekilo RM11.00. Orang Sandakan kata mahal tu sebab sebelum ni boleh dapat RM5.00 sekilo. Ikan kerapu RM25.00 sekilo, pun dia orang kata mahal. Kalau dia orang datang Semenanjung agaknya mati kat pasar kat Semenanjung ni sebab sakit jantung tengok harga ketam dan ikan kerapu kat Semenanjung.

Yup… tu kapal Tentera Laut. Sentiasa bersedia menjaga keamanan rakyat jelata. Pengorbananmu dikenang duhai perwira. Aku masuk bank nak keluar duit dari ATM siang tu, ada 5 orang ATM gak (Angkatan Tentera Malaysia daaa) dari army siap berbaju celoreng dan bersenjata api berat, pun tengah keluarkan duit kat ATM. Never felt safer doing business in banks before… hehehehe…

Gambar diambil dari sebelah hotel je ni. Cantik? May be. Tapi yang nyata, bersih! Bukan lautnya, tapi daratnya.

Sebelah hotel gak. Dan memang ramai orang suka melepak kat sini all the time. Kau orang tak suka ke kalau macam ni? Kat tebing bawah tu sebenarnya ramai gak orang mancing. Mr. Gafaro mesti suka ni kan…? Dan awex Sabah… aduh… Hmmm…

Perkarangan hotel ialah pemandangan ni. Ya tuan-tuan dan puan-puan, itu adalah Lautan Pasifik. Dalam tu siot! Dan ya, aku takkan pergi dekat!

Nasib baik dia orang tak letak katil sebelah tingkap! Adoi… Dan nasib baik bilik aku ni kat tingkat 18. Tapi melihat ke luar tu… Adeh…! Sahabat… aku nak kau kat sini! Tolong kuatkan aku!

Dinner malam tu tuan rumah bawa pergi Ocean King. Well… kat Sandakan ni memang mewah seafood le. Dan yes, aku teringat Sang Siput le ofkoz. Dan salah satu menu tu ialah… uhuk! Aku memang tak makan siput, tapi…

…ni apa ni…??? Dia orang panggil siput tarik. Erkhhh…! Dia orang suruh aku cuba gak. Bertahun-tahun aku memang tak boleh makan siput walaupun siput sedut atau siput belitung tu. Tapi sebab elemen Sang Siput maka aku berjaya makan siput belitung hari tu. Dan siput tarik ni? Aku makan 6 ekor! Tapi aku rasa aku takkan jamah siput lagi sampai mati lepas ni…

Weh! Ni swimming pool hotel weh! Alahai… kenapalah aku tak bawa swimsuit… Kalau aku pakai swimsuit dan berenang kat sini kompem semua orang lari dan pool ni aku sorang yang punye!

Dan 5 haribulan aku kembali ke KUL (KLIA laaa…). Mengharapkan kegembiraan dan keterujaan bila dapat kembali ke Semenanjung sebab dapat dekat semula dengan orang yang sentiasa di hati. Tinggi sungguh harapan dan keterujaan pagi sebelum bertolak dari SDK hari tu. Tapi…

Dan aku pun tak tahu nak mengharapkan apa untuk menguatkan semangat aku yang dah cair hilang sepanjang penerbangan sebab mengetahui kat bawah tu seluas-luasnya Laut Cina Selatan… Takut sangat… Dan dah tak ada tempat pergantungan pula… Ya Tuhan beri aku faham erti sabar…

Mengapa…?

Posted in Puisi, SíPúT on 7 April 2013 by Najwa Aiman


Buat Jahat Jangan Sekali-Kali

Posted in Famili, Nostalgia, SíPúT, Sosial on 7 April 2013 by Najwa Aiman

Arwah Opah ajar aku solat dulu. Aku masih ingat. Solat yang pertama aku ialah solat Asar di rumah arwah Tok dan arwah Opah di Taiping dulu. Lepas solat tu, arwah Opah bagi beberapa pesan. Antaranya jangan buat jahat kat orang walaupun orang buat jahat kat kita. Tak tahulah pandangan orang lain tapi selama berpuluh tahun aku cuba gak sedaya upaya supaya tak buat jahat kat orang. Buat nakal tu ada le… eheks…!

Arwah Opah cakap masa tu, hati aku ni jenis lembut dan suka tolong orang. Tu kata dia. Tak tahu betul ke tak tapi aku mengaku memang aku ni agak sensitif. Mudah kesian. Mudah tersentuh. Mudah jatuh cinta… eh? Eh! Taaakkk…! Yang tu tak! Aharks…

Tapi banyak kali juga aku terkena dengan orang yang aku tolong. Bermula dari zaman sekolah menengah kat asrama, sampailah zaman aku universiti, dan masuk alam pekerjaan, kemudian alam tua ni. Asyik terkena dengan orang yang aku bantu penuh ikhlas pada awalnya. Terniat pun tidak nak buat jahat kat orang-orang tu, apatah lagi buat jahat sungguh. Bila buat baik kat orang, bila diberi madu, racun gak yang dibalasnya… Adoi laaa… Agaknya dah masuk alam barzakh baru orang tak buat jahat kat aku sebab masa tu aku pun tak boleh nak tolong orang lain lagi. Nak tolong diri sendiri pun dah tak boleh, inikan pula nak tolong orang lain kan?

Dah berapa orang yang kepadanya aku buat baik dibalas tuba? Entah… sejujurnya tak pernah kira. Malah malas nak ingat. Buat sakit hati je. Insignificant. Lantaklah dia orang nak bagi tuba ke, racun ke, bom C4 ke… yang penting my own conscience is clear — aku buat baik pada dia orang dengan ikhlas. Lantaklah apa dia orang nak balas pun. Tak terkesan sangat di hati aku ni. Allah tetap Maha Mengetahui. Semoga mereka insaf sebelum menghadap Allah nanti.

Tapi peristiwa bebaru ni aku tak boleh anggap insignificant. Sangat-sangat terkesan di hati. Luka berdarah tak berhenti-henti. Tak tahu kenapa. Nak kata luka berdarah tak berhenti sebab diabetic, aku tak diabetic pun. Baru aje check hari tu. Sihat wal’afiat. Nak kata sebab aku dah tua dan hati aku jadi tambah lembut dan aku tambah lemah, ermmm… may be… tapi taklah tua sangat. Lagipun bukan ni je kejadian aku terkena. Ada dua kejadian tapi yang satu ni memang betul-betul terkesan di hati. Koyak rabak rasanya hati aku ni. Kenapa ya…?

Mungkin sebab kejadian ni merupakan satu pengajaran daripada Allah — barangkali sebab aku tak ikhlas sepenuhnya seperti sebelum ni. Barangkali sebab jauh di sudut hati aku mengharapkan balasan daripada selain Allah bila aku membantu. Baranghkali Allah masih sayangkan aku dan mahu aku sedar dan insaf tentang kesilapan tu sebelum aku mati. Barangkalilah…

Kalau benar demikian, ya Allah… malam ni aku sujud kepadaMu dengan rasa penuh hina dan menyesal. Syukur ya Allah kerana menginsafkan aku. Syukur ya Allah kerana mengasihiku. Syukur ya Allah kerana memeliharaku.

Peliharalah dia ya Allah, kerana aku juga tahu bukan niatnya menyeksa dan membuat aku derita lagi sengsara sebegini yang pertama kali aku alami dalam seumur hidupku. Tak pernah aku berputus asa dengan hidup seumpama ini. Syukur ya Allah kerana limpah rahmatMu dan menetapkan kewarasan akalku. Lindungilah dia ya Allah. Sempurnakanlah hidupnya ya Allah. Bahagiakan dan sejahterakanlah dia dunia dan akhirat…