Buat Jahat Jangan Sekali-Kali

Arwah Opah ajar aku solat dulu. Aku masih ingat. Solat yang pertama aku ialah solat Asar di rumah arwah Tok dan arwah Opah di Taiping dulu. Lepas solat tu, arwah Opah bagi beberapa pesan. Antaranya jangan buat jahat kat orang walaupun orang buat jahat kat kita. Tak tahulah pandangan orang lain tapi selama berpuluh tahun aku cuba gak sedaya upaya supaya tak buat jahat kat orang. Buat nakal tu ada le… eheks…!

Arwah Opah cakap masa tu, hati aku ni jenis lembut dan suka tolong orang. Tu kata dia. Tak tahu betul ke tak tapi aku mengaku memang aku ni agak sensitif. Mudah kesian. Mudah tersentuh. Mudah jatuh cinta… eh? Eh! Taaakkk…! Yang tu tak! Aharks…

Tapi banyak kali juga aku terkena dengan orang yang aku tolong. Bermula dari zaman sekolah menengah kat asrama, sampailah zaman aku universiti, dan masuk alam pekerjaan, kemudian alam tua ni. Asyik terkena dengan orang yang aku bantu penuh ikhlas pada awalnya. Terniat pun tidak nak buat jahat kat orang-orang tu, apatah lagi buat jahat sungguh. Bila buat baik kat orang, bila diberi madu, racun gak yang dibalasnya… Adoi laaa… Agaknya dah masuk alam barzakh baru orang tak buat jahat kat aku sebab masa tu aku pun tak boleh nak tolong orang lain lagi. Nak tolong diri sendiri pun dah tak boleh, inikan pula nak tolong orang lain kan?

Dah berapa orang yang kepadanya aku buat baik dibalas tuba? Entah… sejujurnya tak pernah kira. Malah malas nak ingat. Buat sakit hati je. Insignificant. Lantaklah dia orang nak bagi tuba ke, racun ke, bom C4 ke… yang penting my own conscience is clear — aku buat baik pada dia orang dengan ikhlas. Lantaklah apa dia orang nak balas pun. Tak terkesan sangat di hati aku ni. Allah tetap Maha Mengetahui. Semoga mereka insaf sebelum menghadap Allah nanti.

Tapi peristiwa bebaru ni aku tak boleh anggap insignificant. Sangat-sangat terkesan di hati. Luka berdarah tak berhenti-henti. Tak tahu kenapa. Nak kata luka berdarah tak berhenti sebab diabetic, aku tak diabetic pun. Baru aje check hari tu. Sihat wal’afiat. Nak kata sebab aku dah tua dan hati aku jadi tambah lembut dan aku tambah lemah, ermmm… may be… tapi taklah tua sangat. Lagipun bukan ni je kejadian aku terkena. Ada dua kejadian tapi yang satu ni memang betul-betul terkesan di hati. Koyak rabak rasanya hati aku ni. Kenapa ya…?

Mungkin sebab kejadian ni merupakan satu pengajaran daripada Allah — barangkali sebab aku tak ikhlas sepenuhnya seperti sebelum ni. Barangkali sebab jauh di sudut hati aku mengharapkan balasan daripada selain Allah bila aku membantu. Baranghkali Allah masih sayangkan aku dan mahu aku sedar dan insaf tentang kesilapan tu sebelum aku mati. Barangkalilah…

Kalau benar demikian, ya Allah… malam ni aku sujud kepadaMu dengan rasa penuh hina dan menyesal. Syukur ya Allah kerana menginsafkan aku. Syukur ya Allah kerana mengasihiku. Syukur ya Allah kerana memeliharaku.

Peliharalah dia ya Allah, kerana aku juga tahu bukan niatnya menyeksa dan membuat aku derita lagi sengsara sebegini yang pertama kali aku alami dalam seumur hidupku. Tak pernah aku berputus asa dengan hidup seumpama ini. Syukur ya Allah kerana limpah rahmatMu dan menetapkan kewarasan akalku. Lindungilah dia ya Allah. Sempurnakanlah hidupnya ya Allah. Bahagiakan dan sejahterakanlah dia dunia dan akhirat…

2 Respons to “Buat Jahat Jangan Sekali-Kali”

  1. ompompuan rajin upate status bunyik mcm ni

    “kita sedih bila awan hujan mendung menutupi matahari rupa rupanya tuhan bagi kita pelangi selepas hujan”

    **errr… buruk beno nak meniru ompompuan punya status

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: