Arkib untuk Mei, 2013

“Kawan”

Posted in Hiburan, SíPúT, Sosial on 27 Mei 2013 by Najwa Aiman

Manalah aku tahu kenapa perangai aku bila tonton movies, aku lebih hayati skrip daripada cerita. Tapi tak lama dulu aku pernah tonton filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang sebab ada Nuremy Ramli… eheks…! Tapi as usual, ada dialog-dialog tertentu dalam filem tu akan masuk secara paksarela dalam memori low gigabyte aku ni. Masa Mukhlis cakap pada kawan dia (nama Ayim kalau tak silap) semasa sedang memandu dalam kereta nak pergi mana entah. Secara tepatnya tak pasti tapi lebih kurang—

Lelaki gunakan alasan berkawan untuk mulakan perhubungan. Perempuan gunakan alasan berkawan untuk putuskan perhubungan.

Is it true? It must be. Nampak tak kenapa aku lebih suka hayati skrip daripada cerita…? But then again, apa hal pula kau orang nak kisah apa yang aku suka atau tak suka… Cet! Pigi dah!

Penghargaan kepada panel skrip MIG. Siapa kata filem Melayu tak ada moral dan significant? Mesej filem ni ialah tentang kasih sayang dan cinta. Lebih kurang dialog Mukhlis—

“Sayang ialah bila kita suka apa saja yang dia mahukan. Cinta ialah bila kita sanggup tunggu kalau-kalau dia akan suka dan mahukan kita.” (sorry, dialog ni aku tak berapa hafal dengan tepat konteksnya)

In other words, pada agak-agak aku tentang filem ni, nilai kasih sayang ialah pada pengorbanan. Kalau dengan adanya kita maka orang yang kita sayang takkan dapat bahagia yang dicarinya, maka blah laaa… Sendiri mau ingat. Lu tunggu apa lagi brader. Blah segera dari dalam hidup dia. Selagi lu ada, dia takkan boleh bahagia. So…? Be gone… Be away… Be lost… Be forgotten…

Dan aku nak petik kata-kata yang aku terjumpa kat mana entah suatu masa dulu—

“Mencintai itu mudah. Dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itu teramat payah…” (whoever came up with these inspirational words, I salute you)

Lu tunggu apa lagi brader? Blah laaa… Okey… Okey… Wa blah… Damn… comelnyeeeeee Nuremy Ramli….! Mmmm…

Laut China Selatan

Posted in Perubatan, SíPúT on 26 Mei 2013 by Najwa Aiman

Laut China Selatan… antara lautan di muka bumi ni yang amat luas dan besar. Bila lautan tu luas, bermakna ia juga amat dalam. Dan manusia thalassophobic takkan boleh describe dengan jelas dan nyata ketakutan apa yang mengancamnya dari dalam dasar lautan seluas tu. Selain mengelak daripada menempuh elemen-elemen fobia, sesetengah orang terpaksa menempuhnya juga demi rezeki anak-anak dan terpaksa mengatasi ketakutan dengan mencari semangat dan motivasi daripada orang-orang yang dipercayainya — keluarga, isteri, suami, sahabat, lain-lain…

Namun bila sahabat sudah menemui semula kebahagiaan sendiri yang selama ini berlaku kejam terhadapnya, tapi kini kembali sebagaimana yang diidam, diimpi dan dikejarnya, maka hanya kebahagiaan yang sudah ditemui semula itulah yang penting baginya.  Itu kehidupannya, Selain daripada itu tidak bermakna apa-apa lagi baginya. But then again… selama ni pun sebelum kebahagiaan yang diidam ditemui semula pun, memang Sang Bodoh ini tak bermakna apa-apa dan tak penting pun baginya. Maka ketakutan harus ditempuh sendirian. As usual…

Laut China Selatan… semoga diseberangi dengan selamat pergi dan balik. Don’t worry… Kalau masih selamat hidup dan kembali pun tidak akan ada gangguan lagi daripada Sang Bodoh sampah-sarap yang menyemak dan menyusahkan hidup yang selama ini memang diharap sangat-sangat pergi berhambus dan mampus.

Untuk Aku

Posted in Islam, SíPúT on 20 Mei 2013 by Najwa Aiman

Paling susah dalam hidup apa dia erk? Sabar kut… Dan ikhlas… Dan menerima hakikat… Dan sabar… Dan ikhlas… Dan menerima hakikat… Dan sabar… Dan ikhlas… Dan menerima hakikat…

Sifat azali manusia ialah lupa. Ada sebab kenapa manusia pelupa. Ada hikmahnya. Salah satu hikmahnya ialah supaya manusia mudah merasa bahagia. Tapi biasanya manusia rasa lupa bila dah jumpa bahagia, tak gitu…? Ekekekekekeke… Sesetengah orang lupa umpama mentol lampu — ada suis yang boleh turn on and off anytime. Sesetengah orang macam aku pula… well… I wish lupa tu ada suis macam mentol lampu. Rasa nak lupa, switch off je… I wish…

Dan yang paling susah dalam hidup ialah sabar… Dan ikhlas… Dan menerima hakikat… Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya. Dan hanya kasih sayang Allah sahaja yang takkan padam-padam. Sesungguhnya Allah tidak bersifat pelupa. Dan Allah tak perlu sebarang budi dan jasa ditabur kepadaNya daripada mana-mana hambaNya untuk Allah sayang dan ingat selalu pada mereka…

Ya Allah… sukarnya untuk menjalani dugaan dan cabaranMu yang satu ini…

Sudah (Pergilah Duhai Memori…)

Posted in Puisi, SíPúT on 20 Mei 2013 by Najwa Aiman

Duhai memori… Pergilah…
Duhai hati… Sabarlah
Duhai semangat… Perkuatkanlah
Duhai aku… hiduplah…

Reda

Posted in Puisi, SíPúT on 20 Mei 2013 by Najwa Aiman


Jangan Ganggu Dia Lagi

Posted in Puisi, SíPúT on 16 Mei 2013 by Najwa Aiman

…JaNGaN GaNggU DiA…

Duhai Sahabat

Posted in Puisi, SíPúT on 14 Mei 2013 by Najwa Aiman