“Kawan”

Manalah aku tahu kenapa perangai aku bila tonton movies, aku lebih hayati skrip daripada cerita. Tapi tak lama dulu aku pernah tonton filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang sebab ada Nuremy Ramli… eheks…! Tapi as usual, ada dialog-dialog tertentu dalam filem tu akan masuk secara paksarela dalam memori low gigabyte aku ni. Masa Mukhlis cakap pada kawan dia (nama Ayim kalau tak silap) semasa sedang memandu dalam kereta nak pergi mana entah. Secara tepatnya tak pasti tapi lebih kurang—

Lelaki gunakan alasan berkawan untuk mulakan perhubungan. Perempuan gunakan alasan berkawan untuk putuskan perhubungan.

Is it true? It must be. Nampak tak kenapa aku lebih suka hayati skrip daripada cerita…? But then again, apa hal pula kau orang nak kisah apa yang aku suka atau tak suka… Cet! Pigi dah!

Penghargaan kepada panel skrip MIG. Siapa kata filem Melayu tak ada moral dan significant? Mesej filem ni ialah tentang kasih sayang dan cinta. Lebih kurang dialog Mukhlis—

“Sayang ialah bila kita suka apa saja yang dia mahukan. Cinta ialah bila kita sanggup tunggu kalau-kalau dia akan suka dan mahukan kita.” (sorry, dialog ni aku tak berapa hafal dengan tepat konteksnya)

In other words, pada agak-agak aku tentang filem ni, nilai kasih sayang ialah pada pengorbanan. Kalau dengan adanya kita maka orang yang kita sayang takkan dapat bahagia yang dicarinya, maka blah laaa… Sendiri mau ingat. Lu tunggu apa lagi brader. Blah segera dari dalam hidup dia. Selagi lu ada, dia takkan boleh bahagia. So…? Be gone… Be away… Be lost… Be forgotten…

Dan aku nak petik kata-kata yang aku terjumpa kat mana entah suatu masa dulu—

“Mencintai itu mudah. Dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itu teramat payah…” (whoever came up with these inspirational words, I salute you)

Lu tunggu apa lagi brader? Blah laaa… Okey… Okey… Wa blah… Damn… comelnyeeeeee Nuremy Ramli….! Mmmm…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: