Aku Suka (Awex) Jepun

Makanan Jepun ni aku cuma tahu sushi dan teppanyaki. Teppanyaki yang almost setiap hari aku masak sendiri dan makan tapi aku tak tahu pun yang aku masak dan makan tu sebenarnya teppanyaki. Aku pernah cerita pasal ni dulu. Tapi masa aku ke Sandakan bebaru ni, pada hari terakhir 29 Mei tu aku dibawa ke restoran Jepun. Aku tak reti nak order makanan Jepun ni, so aku biar dia order untuk aku. Entah apa nama menu tu entah.

Bila terhidang, tu dia! Ikan salmon grill, coleslaw, kubis + taugeh, nasi goreng garlic, sup tauhu, tauhu bakar berkicap. Lorrr… macam teppanyaki juga cuma yang ni ada menu tambahan. Dan sayurnya lebih banyak kubis daripada taugeh. Teppanyaki pula banyak taugeh je. Dan rasanya…? Lazat beb! Dan kenyangnya tak ingat walaupun nampak macam sikit je. Burrrppp… Alhamdulillah… Padan muka kau. Lepas makan tu dah tak boleh nak buat aktiviti apa-apa lagi. Lantak… aharks…!

Nanti bebila aku ke Sandakan kau belanja aku makan situ lagi bah. Tapi kali ni make sure kita pergi hari pertama aku kat sana. Macam kau bilang, “Takkan tak boleh sembang-sembang kejap saja bah?” Padan muka kau bah… ekekekekeke… Yalah tu nak sembang-sembang saja. Tu laaa… Siapa suruh bawa aku makan makanan yang memang dah jadi ruji aku masa zaman student dulu…? Siapa suruh? Eh kejap… bukan aku ke yang suruh? Kan? Kan? Aharks…

S E B E L U M… Mak aiii…! Boleh kenyang ke ni…?

S E L E P A S… Burrrppp… Alhamdulillah…

Errr… Judul entri aku tu silap bah… Sebenarnya aku suka awex Sabah bah… Aiyaaarrrkkksss…!

Anyways… Hikmah apa aku ni takut laut? Hikmahnya may be… just may be… aku insaf setiap kali nak ke Sabah (dan juga Sarawak lepas ni). Tapi kalau dah kehendak tugas untuk mencari rezeki yang Allah letakkan di sana buat diri dan keluarga, maka aku terpaksa gagahkan untuk pergi juga. Nampak je selamba dalam flight tu tapi bila dah lepas tanah besar Semenanjung… Adoi… Nak mengharap kekuatan daripada sahabat dah tak boleh. Tak ada sahabat dah. Dah tu…? Betullah hidup ni kena fikir pasal diri sendiri dan jangan dok mengemis macam peminta sedekah mengharap daripada orang lain walaupun niat kita sekadar nak minta disuntik sedikit kekuatan dan semangat.

Aku tak tahu daratan wilayah mana kat bawah tu. Indon ke, Sarawak ke, Brunei ke, Sabah ke… Tapi memang cantik banget…

Tu sungai kan? Sungai apa erk? Rejang? Entah… Tapi kalau keruh camtu minta maaflah aku nak pergi dekat. Buaya!

Luas. Cantik. Selesa. Hah… Kau tunggu apa lagi bah! Kau dah tunjuk hotel. Sekarang kau dah ikut dan tengok bilik aku. Jangan lama-lama di sini bah! Nanti jadi lain… Jangan bah… aiyaaarrrkkksss…!

“Ya… Aku akan mandi dalam tu kalau kau dah balik dan tak ada di sini bah! Malulah kau tengok aku pakai spender basah!”

“Ya… Aku setuju memang cantik bah lebih-lebih lagi kalau boleh berendam waktu begini. Sekarang, boleh tak kita pergi makan? Aku lapar sudah bah…”

Walau apa pun… Aku tak mahu jadi macam orang lain. Aku mahu jadi sahabat yang reliable dan berada di sana bila diperlukan. Aku rasa aku tak lokek persahabatan. Biarlah orang buat apa pun kat aku. Dah lali sejak dulu jadi alat permainan dan diperalatkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: