Arkib untuk 2 Jun 2013

Pernah Dulu

Posted in Famili on 2 Jun 2013 by Najwa Aiman

Tengkiyu dear for the suggestion. Dah berkurun tak bercuti macam ni. Lupa dah macam mana sejuknya air jeram. Menggigil-gigil aku sepanjang kat sini sejak lepas sentuh air alam semula jadi. Rambut pun jadi lembut. Tak tahulah sama ada disebabkan air sungai dingin semula jadi tu atau air kencing pengunjung yang sengaja dilepaskan dalam sungai tu. Air kencing pun kira air semula jadi kan? Kan…?

Bila dah dekat nak sampai nampak jalan semakin jadi kecil. Betul ke ni? Betullah kut…

Tapi menjelang tengah hari pengunjung makin ramai. Mat motor banyak datang dengan awex depa. Membasahkan tubuh badan dan anggota badan terutamanya anatomi badan yang sulit-sulit.

Dan ofkoz, depa jadi duyung. Duyung air tawar. Tak kenal sejuk ke dia orang ni…? Aku dah menggigil-gigil ketaq kesejukan weh…!

Tapi berkelah kat sini hari ni mengingatkan aku dulu… Lamaaaaaaaaaaaa duluuuuuuuuu… Pernah dulu… Gadis paling comel duduk atas batu di tepi jeram gak…. Peduli apa aku kalau kau orang tak anggap comel. Mata aku, aku punya pasal le… aharks…!

Masih ingat pernah dulu…? Clue: gadis tu bukan Maya Karin…