“Menyemak je…!”

Bodohnya beta… Masih tak tahu apa patut dibuat bila hati terguris dan hancur luluh macam ni. Berkecai berderai. Kulit muka yang encem dan tampan ni seakan cair meleleh lalu mengalir ke dalam loji Indah Water dek rasa malu yang teramat mengaibkan. Niat baik yang diluah untuk bertanya khabar dan masalah kerana hati simpati dan kasihan, dihambat dan diejek pula dengan tuduhan tidak sensitif dengan perasaan orang lain. Apakah…? Dan rupa-rupanya menyemak je… Menyemak je! Menyemak je…? Apakah…? Demi Tuhan lidah kelu tetiba. fikiran kosong tetiba. Emosi dan perasaaan apatah lagi… Dan hati aku…? Ya Allah… Apakah…? Semak-samun tu sama kategori dan spesis dengan sampahlah tu… Apakah…?

Masih tak tahu apa patut dibuat untuk merawat. Masih terasa amat pedih dan sedih. Amat malu dan aib. Tersangat dan teramat… Tapi semua orang dalam dunia ni ada masalah masing-masing. Kita tak tahu… may be masalah orang lain jauh lebih besar dan lebih hebat daripada masalah kita… May be… Dan dalam keadaan kusut bermasalah masih sudi busy body hal orang lain pula kan… Bengong…

Sekarang kerap benar terngiang-ngiang suara yang pernah dulu indah amat gelak tawanya, namun kini menyebut “menyemak je!” dan setiap kali itu juga hancur luluh perasaan mengingatkannya. Begitu sekali ke hinanya diri di mata dia…? Well… keinginannya jadi nyata kini. Sekarang memang dah betul-betul hina dikejar dan diburu kiri kanan atas bawah depan belakang. Sikit masa lagi akan jadi famous masuk paper declared muflis. Semua sebab hidup untyuk dia… bodoh… Tak sedar selama ni hidup menyemakkan orang lain je rupa-rupanya…

Sekadar luahan. Blog aku… suka hati akulah…

“Dah lama sangat hidup untuk orang lain dengan rela…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: