Sampai Macam Ni Dibuatnya…

Kenapa masih lagi saban hari meninjau-ninjau? Dulu, tak pernah miss mengucapkan salam dan selamat setiap pagi, tengah hari, petang dan malam walau tak berbalas pun. Tapi masa tu tak pula terlihat alat medium pesanannya dibukanya pada waktu-waktu pesanan dan ucapan tu biasa dihantar. Apatah lagi nak dibalas. Tak peduli dan tak kisah pun sama ada tiba atau tak pesanan dan ucapan rutin menyemak daripada orang yang menyemak. Tapi kini, bila Si Menyemak dah berhambus pergi dari dalam hidupnya for good, tak pernah pula dia miss membuka alat medium pesanannya pada waktu-waktu yang dahulunya kerap disemakkan oleh pesanan dan ucapan rutin Si Penyemak. Sebab dah yakin yang takkan ada lagi gangguan yang menyemakkan alat medium pesanannya pada setiap pagi, tengah hari, petang dan malam. Dah yakin dah tak akan ada lagi rasa khuatir yang dia terpaksa membaca pesanan dan ucapan yang menyemak daripada Si Penyemak. Atau barangkali sebab penghantar rutin pesanan dan ucapan itu bukan lagi Si Penyemak selama ni tapi sebaliknya daripada orang yang memang dinanti, yang pesanan dan ucapannya mengganti Si Penyemak pada waktu yang sama saban hari setiap pagi, tengah hari, petang dan malam. “Morning”, “Lunch per?”, “Drive safely”, “Kiss the kids for me”, “Makan secukupnya”, “Have good dinner with kids”, “Nite sleep tight”, bla bla bla… bukan lagi datang daripada Si Penyemak. Dan datangnya ucapan dan pesanan tak lagi menyemak.

Atau sebenarnya semua pesanan dan ucapan yang tulus ikhlas tu memang menyemakkan hidup je selama ni… Si Penyemak juga balik-balik yang tak sensitif dan tak fikir perasaan orang lain… adoi laaa… Persahabatan yang ikhlas boleh menyemakkan juga…? Sabarlah hati…

Begitu lama bodoh kerana memperhambakan hidup untuk orang lain… Tak apalah… Atas nama kasih yang ikhlas seorang sahabat, moga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan pelangi bagi diri dan zuriatnya dunia dan akhirat… Dan janganlah risau, takkan tinjau status lagi…

Ekekekeke… but then again, you don’t care anyways. Don’t even have any interest to care pun, and therefore have no reason to even visit this blog pun…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: