Patutlah… Text Version

“Janji… kalau dah ketemu pelangi yang dicari, bagitahu aku segera. Kaalu dah okey semula, bagitahu aku segera.”
“Iye… Janji…” (blah laaa… mana ada orang ingat pada benda-benda yang tak ada nilai bila dah rasa bahagia…? Bodoh betul Si Penyemak ni… Kalau aku dah bahagia kau fikir aku teringat kat kau dan janji tu semua ke…?)

“Masih ada sekelumit cinta. Sebab dia bapa kepada anak-anakku. Dan pada kau tak ada dah.” (Sebab kau dah tak diperlukan lagi. Terima kasih.)
Sama-sama…

“Aku dah janji pada diri sendiri takkan kerja lagi kat tempat macam tu.” (Bukan sebab kau. Tapi sebab zuriatnya, demi dia yang aku cintai.)
Baiklah…

Pagi: “Morning…”
“…….” (Menyemak lagi dia ni. Menyusahkan hidup aku… Tak tahu malu ke?)
Tengah hari: “Lunch per?”
“…….” (Menyemak lagi dia ni. Menyusahkan hidup
aku… Tak tahu malu ke?)
Petang: “Drive safely”
“…….” (Menyemak lagi dia ni. Menyusahkan hidup aku… Tak tahu malu ke?)
Malam: “Kiss d kids for me. Nite… Sleep tight…”
“…….” (Sial dia ni ganggu aku dengan laki aku. Bilalah nak mampus dia ni supaya aku dan laki aman damai…?)

Pagi: “Morning…” 
(Si Penyemak le tu. Tak tahu malu betul. Tak payah buka mesej)
Tengah hari: “Lunch per?”
(Si Penyemak le tu. Tak tahu malu betul. Tak payah buka mesej)
Petang: “Drive safely”
(Si Penyemak le tu. Tak tahu malu betul. Tak payah buka mesej)
Malam: “Kiss d kids for me. Nite… Sleep tight…”
(Memang tak tahu malu Si Penyemak ni! Menyemak lagi malam-malam. Pergi mampus sama kau. Mengganggu bahagia aku  dengan laki!)

“Jangan mesej malam-malam. Nanti anak-anak baca.” (Dan tunjuk lalu mengadu kat bapanya. Lantas aku akan derita semula. Berilah peluang aku bahagia. Kau… Kau punya pasallah nak terlungkup ke nak mati ke. Aku nak pelihara betul-betul apa yang aku ada ni. Tak perlu kau lagi. Blah laaa..! Bengong tak faham-faham!)
Ooo… Okey! Okey! 

“Aku tak pandu kereta tu. Banyak problem. Tak berani.” (Demi zuriat yang baru. Demi cinta yang nak tumbuh semula. Demi bahagia yang aku kembali rasa. Kau jangan sibuk-sibuk boleh?)
(Aku dah dan masih cuba nak tolong ganti walaupun kereta aku sendiri dah dapat ugutan setiap minggu nak kena tarik…)

“Kau tak payah risau-risau lagi pasal aku boleh?” (Sebab aku tak ingin pun dah sekarang. Orang yang aku lebih ingin untuk risau pasal aku kini dah kembali untuk buat tu semua untuk aku. So… blah la erk…)
Aku simpan sendirilah…

“Aku takkan lupa semua pengorbanan dan jasa kau yang pernah dan banyak membantu. Lega dapat luahkan semua ni akhirnya.” (Aku mesti luahkan sebab aku tak perlukan pengorbanan dan jasa kau tu lagi dah. Dah tak ada nilai lagi sekarang. Aku ada sesuatu yang jauh lebih berharga daripada setakat kau tu. Okey dah kan? Kau dah sejuk dah kan dengan kata-kata penghargaan aku ni kan? )
(Ha’ah… aku dah boleh bahagia sampai mati dah dengan kata-kata tu. Terima kasih.)

“Kenapa tak bagitahu hero comel masuk spital? Tersiat hati aku tak tahu yang dia tengah sakit dan kau tengah menanggung susah.”
“Dah kau diam je….” (Sibuk! Cukuplah menyemakkan fon aku. Tak payahlah menyemak nak tunjuk diri pulak. Aku dah ada orang yang memang selama ni aku ingin dan harap untuk buat camtu. Dia dah ada. Boleh tak kau jangan menyemak?) “Dah kau diam je…”

(Panik giler sampai terketar-ketar tangan tapi kontrol cool. Harap dia pun boleh cool.) “Kenapa kau nangis ni??? Apa yang tak kena? Cakap, mungkin aku boleh bantu. Kau tak boleh stress macam ni. Kau bukan sihat sangat.  Kerap sakit kepala. Pernah sampai nak tumbang. Tumbang sungguh pun ada. Anak-anak kau nanti macam mana?”
(Si Bahalul Penyemak ni tak faham-faham lagi ke??? Aku tak suka kau lagilah bodoh!!! Aku ada laki! Dia yang aku nak! Dan aku tak sait lagi dah sekarang ni! Kalau aku sakit kepala nak tumbang pun bukan sebab migraine. Tapi sebab aku bawa budaklah bodoh!) “Tolong jamgan ganggu aku lagi! Menyemak je! Tu yang kau nak dengar sangat kan?” (Harap-harapnya pukulan tu kira pukulan maut kat dia. Lepas ni tak usah hubungi dah! Aku tak mahu kenal kau. Aku nyesal kenal kau, faham tak! Bodoh tak faham-faham! Ya Tuhan tolonglah halang dia menyemak kat aku lagi. Senang-senang kau matikan ajelah dia Ya Tuhan!)

Alangkah mudahnya… Mengapalah begitu sampai hati membohongi aku sekian lama…? Mungkin teramat besar dosa yang aku pernah buat kat kau… Harap kau maafkan… Dah berapa lama aku diperlakukan penuh keaiban dalam pembohongan ni sebenarnya ya…?   Entahlah… Mengapa kau tak boleh tak nampak. Sedangkan orang lain yang tak pernah ketemu kau dan tak sampai sebulan mengenali aku boleh nampak hanya dengan melihat ke dalam mataku… Sungguh amat aku tak sangka kau begitu. Sampah-sarap sungguh aku ni pada kau hinggakan sesuatu yang amat bernilai pada manusia — janji untuk maklumkan aku segera seab aku tak mahu luka aku teramat parah — pun boleh terlupa bila kau dah bahagia… Berterus-terang segera tetap akan melukakan, tapi taklah luka tu separah keadaan bila aku dapat tahu sudah begitu terlewat. Mana mungkin insan baru yang akan muncul boleh disembunyikan… Barangkali mungkin memang kau mahu luka aku sebegitu amat parah… Sebagai balasan untuk aku agaknya. Entah apalah dosa aku yang teramat besar pada kau selama ni… Harap kau maafkan kerana aku dah tak wujud lagi dan kau dah ketemu kebahagiaan yang kau nanti-nanti dan inginkan selama ni… Macam ni diperlakukan pada aku… Ya Allah… Mungkin memang benar bahawa aku ini…

Tak mengapalah… Alhamdulillah… Kerana dah kau ketemu pelangi yang dinanti… Demi Tuhan atas nama kasih dan sayang… Sesungguhnya aku maafkan kamu Sang Siput Comey…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: