Purnama Sepi

Sampai sekarang aku masih tak boleh kupas maksud sebenar lirik ni—
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Tapi aku faham sangat-sangat, amat-amat tahu bagaimana rasanya lirik ni—
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia

Monolog distorsi:

“Naluri yang kerap berbisik selama ni rupa-rupanya benar. Mimpi-mimpi yang menghantui saban malam selama ni rupa-rupanya benar juga. Sekian lama cuba hint kalau-kalau nak kau nyatakan secara jelas tapi tak ada pula. Mengapalah begitu sampai hati membohongi aku sekian lama? Sampainya hati menyembunyikan kebahagiaan yang telah ditemui sekian lama? Mungkin teramat besar dosa yang pernah aku buat pada kau. Harap kau maafkan kerana aku tak sedar dan aku tak tahu yang aku berdosa pada kau. Selama ni aku cuma sedaya upaya cuba buat yang terbaik untuk kau dan dia orang yang masih belum kenal benar dunia ni. Tu je yang aku tahu. Maaf aku tak mampu dan tak berdaya buat yang terbaik untuk kalian selama ni. Demi Tuhan aku dah cuba. Demi Tuhan aku dah sedaya upaya berikan segala-galanya yang aku ada dalam kemampuan aku, bahkan mungkin melebihi daripada yang aku termampu. Tapi mungkin masih belum memadai. Maaf sangat-sangat.”

“Mengapa kau tak boleh tak nampak sedangkan orang lain yang tak pernah ketemu kau dan tak sampai sebulan mengenali aku boleh nampak hanya dengan melihat ke dalam mataku? Yang amat bernilai pada manusia ialah janji. Janji untuk maklumkan aku segera bila dah ketemu pelangi yang dicari. Sebab aku tak mahu luka aku teramat parah. Kau terlupa janji tu kerana dah bahagia? Hancurnya hati bila aku bukan antara orang yang pertama yang kau kongsi berita gembiramu. Walaupun ia akan melukakan, tapi takkan luka tu separah ini bila aku dapat tahu sudah begitu terlewat dan bukan dari mulut kau sendiri. Terasa amat tak penting dan tak bernilainya diri.”

“Lebih-lebih lagi bila kau tergamak menganggap aku menyemak dan sebelum tu tak mengendahkan aku langsung sebegitu lama. Demi Tuhan luka ni takkan separah ni kalau kau beritahu aku seawal-awal yang kau dah ketemu pelangi yang dulu pergi. Pelangi yang sama yang hilang dan kini kembali. Seawal kau sudah kembali bersama dengan pelangi dengan jalinan kasih sayang intim yang membuahkan cinta baru kalian.”

“Tapi tak apalah. Alhamdulillah kerana dah kau ketemu pelangi yang dinanti. Demi Tuhan atas nama kasih dan sayang sesungguhnya aku maafkan kamu Sang Siput Comey.”

Hargailah kebahagiaan. Penderitaan dan kesengsaraan mengharungi hidup bersendirian teramat azab dan perit. Kau tahu bahawa aku teramat tahu sangat bagaimana rasanya penderitaan dan kesengsaraan sedemikian. Bersyukur dan hargailah kebahagiaan yang akhirnya dikurniakan untukmu. Kau benar, bahawa Tuhan beri ribut taufan kerana selepas tu akan tiba pelangi. Dan aku akan tepati janjiku untuk tak menyemakkan hidup dan kebahagiaanmu. Sungguh aku masih sedang tenat berusaha untuk terus hidup mengharungi ribut dan taufan tu, dan kau tak boleh berada dekat. Maka berbahagialah Sang Siput Comey.

And seriously last request: Makan secukupnya. Jangan lagi sakit-sakit kepala sebab stress lagi. No more ke parking lot for tears. Your tears have always hurt me deep inside. Kiss the kids for the last time for me, and that includes the one yang baru yang akan hadir nanti. I do MISs them. I really do. Memang berhasrat sangat nak jumpa dia orang tapi tak apalah. Dah ditakdirkan tak ada rezeki maka aku redha seadanya. Harungi hidupmu seterusnya dengan bahagia bersama anak-anak dan suami tercinta. Jaga diri elok-elok… Jaga diri elok-elok… Jaga diri elok-elok…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: