Arkib untuk Jun, 2013

Nyata

Posted in Puisi, SíPúT on 17 Jun 2013 by Najwa Aiman




Harapnya kini sudah sentiasa ada dan cukup untuknya…

Tak Ada Adam Lagi Ke…?

Posted in Hiburan on 16 Jun 2013 by Najwa Aiman

The Voice tadi Amber tak dapat pergi final. Amber satu-satunya anak didik Adam Levine yang tinggal pula tu… So maknanya lepas ni tak ada Adam Levine lagi ke…? Aiseymen…

Tapi tak apalah kan… Sebab Shakira masih ada…! Ekekekekeke… Errr… Yup! Aku tonton The Voice. Sekali sekala. Dan yes, aku tonton untuk sokong coaches, bukan contestants… hehehehehe… Aiyaaarrrkkksss…!

Hari Abah Moga Cepat Sembuh

Posted in Famili on 16 Jun 2013 by Najwa Aiman

Memula ingat ke tak ada apa-apa. May be dia orang lupa. But it’s okay. They’re just kids… heheheh… But then…!

Ekekekeke… Kad buatan sendiri… Putera Puteri beta yang dikasihi ada kat sini hari ni… It’s the thoughts that counts… Hadiah tak ada ke….? Uhuk…!

Dan isi di dalamnya… Errr… Ambil dari mana wordings ni weh…? Ekekeke… Tapi tu abah ke? Kenapa pakai kain pelikat je…?

Tapi aku dah lama tak makan kek feveret yang memang jarang-jarang sangat aku dapat makan. Biasanya setahun sekali je — ice cream cake! Kalau boleh yang ada almond. Nak beli sendiri pun tak mampu sekarang. Takkan nak expect kids suruh beli pulak kan? May be next week lepas gaji aku nak cari. Mmmmm… ice cream cake!

Maceh Putera Puteri beta… It’s not easy, but it’s worth it! Luv you all! Luv you all!

Korner Tajam Tepi Signboard

Posted in Undang-undang on 16 Jun 2013 by Najwa Aiman

Sembang-sembang dengan polis hari tu, dan terpacul isu roadblock. Kata polis, ikut prosedur roadblock boleh dibuat sekurang-kurangnya 200 meter dari simpang. Kalau kurang daripada tu dia orang tak ikut prosedur.

Salah sorang DSP wanita semasa memandu pulang dari pejabat pernah ditahan polis di satu roadblock yang dibuat kurang daripada 200 meter. Dia tak berhenti. Dia pecut pergi. So polis tu kejar. Dia berhenti. Bila polis tanya kenapa tak berhenti kat roadblock tadi, dia jawab “Saya syak yang buat roadblock tu tadi penjahat yang menyamar. Sebab kalau polis sebenar yang buat, mesti dia orang ikut prosedur. Tapi roadblock tadi tak ikut prosedur.”

Polis yang kejar dia tu terdiam. Pucat muka. Lalu lepaskan dia beredar. Dan nope, aku tak tahu kenapa polis kat roadblock tu tahan dia in the first place. Mungkin sebab dia wanita dan pada ketika tu dia dah off-duty so dia tak pakai uniform. Dan ya, polis wanita kita sekarang memang ada yang lawa-lawa belaka… ekekekekeke…

Paradigma

Posted in Hiburan on 16 Jun 2013 by Najwa Aiman

Nonton Anugerah Blockbuster tadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai ke sudah tak ada pun…? Mana Diana Amir? Alaaaa… So far my feveret. Sebab dia jarang pakai mekap… ekekekekekekeke… Dan naturally beauty and sweet gitu… Kan? Suka hati akulah… Mata aku… Cet!

Dan Neelofa datang bersama Hans Isaac. Hmmm… Dan AC Mizal sindir menyindir. Tak takut kena saman ke…? Isy isy isy… Zizan membuktikan dia popular. Tapi dalam komen selepas menang dia sebut juga peminat SMS atas dasar kualiti. Yana menang as expected. Tapi mana Wawa Zainal erk?

Mejar (K) David Teo dapat Anugerah Khas PFM. Memang layak. Melahirkan lebih ramai seniman dan seniwati serta pembikin filem generasi baru. Penerbit filem Melayu lain tak nak ikut jejak langkah ke? Ambillah aku berlakon jadi bapak… eheks…!

Eh…? Apa pasal aku sibuk jadi pengulas ni…? Ekekekeke… Baik aku stop sekarang. Maceh misi sebab tolong carikan line. Dah sampai mana dah tu?

Selepas…

Posted in Ekonomi, Famili, Santap on 15 Jun 2013 by Najwa Aiman

Bila Azizy dalam mood nakal…

Bila Haziq not in the mood…

Dan Wawa maintain kreatif. Tapi ni bukan pasal creativity dia. Ni isyarat kepada beta bahawa dia semakin menjadi anak dara… Adoi laaa…

Dan kurisik-risik kukorek-korek apa yang berbaki…

…lalu dapat gak makan yang dah lama ngidam. Ini…

…dan ini… Burrrppp… Alhamdulillah…

Siapa jaga nanti? Makan? Minum? Pendidikan? Perlindungan? Semua sebab kebodohan hidup untuk dia…

Macam Dulu-Dulu

Posted in Teknologi on 14 Jun 2013 by Najwa Aiman

Zaman henpon masih dianggap teknologi baru dulu pernah pakai henpon ni (NB: Tak bagus). Zaman tu semua henpon memang baterinya telanjang i.e. kat luar. Supaya senang ditanggalkan. Tujuannya untuk diganti dengan bateri baru bila perlu. Zaman tu rata-rata orang yang ada henpon akan bawa dua item — sebiji henpon dan minimum sebiji bateri spare yang fully charged. Kalau bateri low, tanggalkan bateri tu dan pasang bateri spare. As simple as reloading magazin peluru pistol Glock.

Henpon zaman sekarang bateri dah tak telanjang sebab teknologi bateri dah makin canggih. Bateri henpon zaman la ni sepatutnya tahan lebih lama. Memang pun kan… Tapi… Sesiapa yang pakai smartphone seperti BlackBerry mungkin kurang setuju kut? May be… I wish bagi smartphone yang kuat mentekedarah bateri macam henpon zaman aku dulu boleh design henpon dia orang supaya baterinya telanjang macam dulu-dulu. Senang nak tanggal dan ganti dengan bateri baru bila perlu.

And… oya… that new thing called power bank…? Mengingatkan aku zaman henpon dulu-dulu — sorang pengguna henpon masih perlu bawa minimum dua item — henpon (yang dah ada bateri) dan sebiji lagi bateri spare yang fully charged (tapi zaman la ni, sebiji power bank yang fully charged). Maju ke…? Aharks…!