Arkib untuk Julai, 2013

Ikhlas Tapi Jauh

Posted in SíPúT on 28 Julai 2013 by Najwa Aiman

Words of Wisdom

Posted in Nostalgia, SíPúT on 23 Julai 2013 by Najwa Aiman

It was kat perpustakaan universiti. Law library of course. Kita sepatutnya study Property kalau tak silap aku tapi aku dalam keadaan teramat tensen disebabkan kena tipu dengan Lina. Even you were stunned and at wit’s end masa tu. So kau coret something atas note pad dan kau hulurkan kat aku. Aku simpan sampai sekarang—

Entah dari manalah kau cilok dan kidnap words ni. Tapi knowing salah satu hobi kau mengumpul dan menghafal quotes, dan perangai kau yang kadang-kadang philosophical macam Capt. Picard tu, aku tak heran pun kalau words ni originally yours. Terlalu tensen masa tu nak tanya kau origin words ni.

Tapi walau dari mana pun origin kata-kata tu, kau mungkin benar duihai sahabat. Tapi kau tertinggal satu ayat yang akan mencerahkan seluruh mutiara kata tu—

But only, and only, if you are the one who that woman loves.

So kalau kau bukan lelaki yang perempuan tu sayang, setiap kata-kata kat atas tu tak terpakai. Kau boleh pergi mampus. Dan kepada perempuan tu, hiduplah selama yang boleh dengan zuriat yang akan lahir dalam kecacatan yang nyata. Dan laki kau yang akan ditimpa kecelakaan yang teramat ngeri dan parah, juga menjadikannya cacat yang hina dan nyata seumur hidupnya yang lama. Amiiinnn… ya Robbal ‘alamiin… Begitulah doa orang yang dianiaya…

Al-Fatihah untukmu sahabatku Miza… Aku masih rindukan kau walau sekadar memandang tulisan tangan kau. Demi Allah aku masih menyesal sampai ke hari ni sebab terlambat menyedari maksud sebenar kata-kata yang kau berikan tu… Maaf sangat-sangat sahabatku… Maaf sangat-sangat…

Manusia Makhluk Khilaf

Posted in Famili, SíPúT on 22 Julai 2013 by Najwa Aiman

Ingat ke boleh sembunyi identiti kat tempat baru ni. Tak juga… Handal betul dia orang ni. Tak sampai dua bulan tetiba datang sorang colleague ke ofis aku dan bertanya “Tak ada novel baru ke?” Huh?

Anyways, jawapan jujur dan ikhlas aku ialah “Tak ada kut.”

“Kenapa?” dah agak dah mesti akan tiba soalan tu.

“Penat,” pun jawapan jujur juga. Mahunya tak penat. Novel terakhir dulu baru ada anak dua. Sekarang dah empat. Dan keempat-empatnya pula… Hmmm… Penat… Penat… “Penat sebab makin tua ni tenaga makin tak ada,” kononnya. “By the time lepas Isyak dah lena.”

Yalah tu… Aharks! Kau orang tak tahu cerita. Dan aku terfikir, hanya dua orang hamba Allah dalam dunia ni yang tahu cerita sebenar. Dua orang sahaja dalam sejumlah 10.2 billion penduduk dunia sekarang, dan antara 29.7 juta penduduk Malaysia. Dua orang sahaja — sorang sebab dia memang berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang cerita sebenar ni. Sorang lagi pula sebab… Mmmm… Manusia memang selalu buat kesilapan… I wish my mistakes are as easily erased as my manuscript. But they’re not…

Yang Kat Atas Nampak Tak?

Posted in Semasa on 22 Julai 2013 by Najwa Aiman

Ni gambar pagi tadi. Ni jerebu atau kabus erk? Tapi sepanjang lebuh raya menghala ke lokasi dalam gambar tu memang nampak wap-wap putih terapung-apung atas tanah kat semak-samun dan belukar tepi lebuh raya tu. Kabus atau jerebu? Anyways, harap-harapnya kabuslah sebab ni kawasan airport kan? Atau at least kat atas sana visual lebih clear kut berbanding di bawah ni? Kalau kat bawah ni macam tak berapa nampak, pilot aircraft kat atas sana nampak tak? Kengkawan pilot Capt. B dan Capt. E yang kemudi A380 nampak tak?

Kalau jerebu, maknanya puncanya datang dari negara sendirilah erk? Ke bukan? Masih kena pakai topeng ke? Lemaslah weh… Macam mana nak comolot nih…

Demi Putera Puteri

Posted in Famili on 22 Julai 2013 by Najwa Aiman

Permaisuri cadangkan untuk cari baju raya Wawa. Yang lama dah tak muat. Alang-alang tu cari juga untuk Jijie dan Ajiq. Aiman dah ada baju raya yang lama. Okey, why not? Kita buat appointment dengan taukeh-taukeh Jalan TAR erk? Dan ofkoz, the easiest medium nak bergerak dalam KL ialah LRT. Lama sangat dah tak naik LRT ni. Ayuh!

Memula kita naik Putra LRT okey. Weh… Jalan tengok depan tau… Nanti terlanggar lebam. Nak raya ni comel.

Sekarang kita naik STAR LRT pula. Banyak pula dugaan dan ujian puasa kat stesen ni… adoi laaa…

Abah tengok Ummi dengan Wawa macam dah sama tinggi jek… Erk…? Ekekekekekekeke…

Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih ayah berkorban nyawa. Putera dan Puteri masih belum tahu nilai kasih sayang Ummi dan Abah. Bergolok bergadai nak bagi anak-anak gembira. Biasalah anak-anak merungut dan komplen kan? Manusia. Dan Ummi dan Abah sentiasa akan usahakan, especially Ummi. Thanks Ummi… Allah Maha Mengetahui sanjungan dan kasih sayang Abah padamu…

Hanya Ramadan

Posted in Famili, Islam, SíPúT on 22 Julai 2013 by Najwa Aiman

Ya Allah… Hanya atas rahmat Ramadan daripadaMu dan ummul kitab daripadaMu yang menghalang aku dari melakukan kesesatan seumur hidupku yang bakal melontarkan aku ke neraka jahanamMu yang amat azab sengsara selama-lamanya. Maka kepada apakah lagi aku berpegang pabila Ramadan ini pergi…? Putera dan Puteri ada Ummi yang masih terus menyayangi dan mengasihi. Dan aku kehilangan segala-galanya. Lantas atas nilai apakah lagi sampah ini…?

Percaya Je Cakap Doktor

Posted in Perubatan, Sosial on 21 Julai 2013 by Najwa Aiman

Sebab dia terlalu persistent, maka aku akur je desakan sahabat masa belajar dulu yang sekarang pakar psikiatri. Jadi pergilah berjumpa dia semalam dan dibuatnya aku macam pesakit. Cet! Tak patut…

Suicidium, kata dia. Perlu cari causes sama ada physiological organic atau most probably psychology. Despair, most common problems, katanya. Dan terus buka soalan demi soalan yang mengalahkan loyar. Aku yang loyar beb, kau tu doktor.

“Percaya je la cakap doktor!” dia marah. “Aku doktor ke, kau yang doktor? Kau belajar kat mana dulu? Aku belajar kat mana?”

Siotlah lu brader… ekekekekekeke… Tapi lu sudah makin gemuklah sekarang. Kau masih terus suka makan sate perut dan minum limau ais taruh garam sikit tu ke? Brengsek rasa minuman tu macam petrollah weh! Tapi bukanlah sebab aku pernah minum petrol.

“Jangan mengada-ngada nak cuba!” tetiba dia jerkah aku. Cuba apa ni? Makan sate perut, minum limau ais taruh garam atau minum petrol? Sambil tu tangan dia pantas menulis atas note pad. “Kau jangan fikir pun pasal minum petrol ke haper ke. Ni dah masuk suicidal ideation phase pula ni. Pergi ke hospital ni. Cari doktor ni. Tunjuk kertas ni kat dia. Dia tahu apa nak buat.”

“Siapa nak bayar semua ni nanti? Aku papa kedana sekarang ni.”

Dia tenung aku. Masih aku ingat tenungan yang macam tu. Kemudian dia ambil semula note pad yang dia beri tadi dan dicoretkannya nota tambahan di bawah. Sumpah para doktor ni semua dulu masa sekolah belajar menulis tak habis. Entah apa-apa yang dia conteng. Tak reti aku nak baca.

“Kau pergi je. Jangan fikir pasal bayaran. Jangan fikir pasal apa-apa masalah. Dan tolonglah, jangan nakal-nakal sangat lagi. Kau tu bukan bebudak macam dulu-dulu.”

“Aku still manusia beb. Manusia mana yang tak ada perasaan? Kata tadi, doktor… Doktor kan…?”

Dia diam kejap. Kan? As usual, I always give the punch.